23 Ogos 2021

Lebih 55% populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin

 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.6% atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga 18,258,947 individu telah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

fmt/-

Tiada ulasan: