11 September 2013

Mahathir dakwa tak tahu dan 'salahkan pegawai k'jaan yang keluarkan IC

5 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan “pegawai kerajaan” yang memberikan kerakyatan dan mengeluarkan kad pengenalan kepada calon tidak layak.

Beliau yang memberi keterangan di suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah berkata, amalan seperti itu bukan satu dasar kerajaan semasa beliau menjadi perdana menteri.


Katanya, dasar pada masa itu hanyalah untuk memberikan kerakyatan kepada individu yang tinggal di Sabah “untuk masa yang lama” yang layak untuk mendapatkannya mengikut undang-undang.



Dalam perkembangan yang berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan mempunyai sebarang pengetahuan tentang apa yang dikenali sebagai 'Projek IC' atau 'Projek Mahathir' di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin.

Katanya, beliau tidak pernah mendengar tentang perkara itu sehinggalah baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah hari ini.

Ditanya oleh pegawai pengendali Manoj Kurup mengapa projek itu dinamakan sedemikian, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu mengenainya.

Katanya, nama beliau telah digunakan untuk banyak perkara. 

Dr Mahathir berkata, mereka menggelarnya sebagai rasis dan ultra tetapi beliau tidak memperdulikannya kerana "ia adalah sebahagian daripada kehidupan politik".

Tiada ulasan: