19 Ogos 2021

Pasukan yang menang dipanggil menghadap, kata ahli Parlimen Pas

SHAH ALAM - "Ya, pasukan yang menang sahaja dipanggil menghadap untuk proses pengesahan". Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Mas dari Pas, Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Sinar Premium pada Khamis.

"Kami akan ke Istana Negara. Saya tak diberitahu lagi jam berapa, tetapi esok (Khamis) diminta dalam mode standby. Mungkin tengah hari," katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Istana Negara telah memanggil parti-parti yang memenangi perlumbaan membentuk kerajaan baharu untuk mengesahkan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu pada Khamis.

Pengesahan itu disampaikan Ahli Parlimen Pontian itu melalui mesej kiriman WhatsApp kepada Sinar Premium sebentar tadi.

Hal ini susulan Sinar Premium menerima berita penularan satu mesej tular yang mengatakan semua ahli Parlimen UMNO bakal bergerak daripada Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur ke Istana Negara melalui bas pada jam 10 pagi Khamis.

Ahmad juga memaklumkan parti-parti lain yang dipanggil ke Istana Negara bermula jam 10 pagi terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta terakhir adalah Pas.

"(Pertemuan Istana Negara dan parti-parti menang bermula) 10 pagi melalui GPS, 11 pagi (Bersatu), 2 petang (UMNO), tiga petang (UMNO/BN) serta 4 petang (Pas).

"Ya (mesej tular berkenaan disahkan), yang menang.

Tiada ulasan: