01 Mac 2009

Kadar Pelajar Sekolah Etnik Hui Mencapai 37.55% di Wilayah Autonomi Hui Ningxia

Menurut statistik terkini, terdapat 509 ribu pelajar etnik Hui yang sedang menuntut di pelbagai peringkat institusi pendidikan. Angka ini telah mencapai 37.55% daripada semua pelajar di wilayah itu. Sistem pendidikan etnik minoriti daripada pendidikan asas hingga pendidikan peringkat tinggi telah beransur-ansur dibentuk.

Saudara mungkin tidak berasa asing terhadap Ningxia, salah satu daripada lima wilayah autonomi etnik minoriti di seluruh negara China. Daripada kira-kira 6.1 juta orang penduduk di wilayah ini, 2.17 juta orang dari etnik Hui iaitu 35.57% daripada jumlah keseluruhan wilayah ini.

Ramai penduduk etnik tersebut tinggal di bahagian selatan Ningxia yang merupakan kawasan pergunungan yang miskin. Sehubungan dengan itu, pendidikan bagi etnik Hui diberi lebih banyak perhatian dalam usaha menggerakkan pendidikan di wilayah ini.

Sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, pendidikan etnik di Ningxia jauh ketinggalan. Kadar pelajar yang masuk sekolah rendah di seluruh wilayah hanyalah 10% pada masa itu. Tiada jaminan kental terhadap penduduk etnik minoriti untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Oleh itu, kebanyakan penduduk etnik minoriti buta huruf sebelum China baru ditubuhkan.

Wilayah Autonomi Hui Ningxia ditubuhkan pada tahun 1958. Sejak itu, dasar yang melibatkan penduduk etnik minoriti digubal dan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Sebagai langkah penting untuk meningkatkan mutu kecekapan penduduk etnik minoriti dan mendorong pembangunan sosioekonomi, usaha pendidikan wilayah itu digerakkan dengan pesat.

Banyak dasar dan peraturan dibuat untuk menjamin pembangunan pendidikan. Selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China, "Peraturan Pendidikan Etnik Wilayah Autonomi Hui Ningxia" digubal dan dilaksanakan.

Pelaksanaan peraturan ini telah menyempurnakan sistem jaminan pendidikan etnik minoriti. Sistem pendidikan yang terdiri daripada pendidikan asas, pendidikan vokasional dan dewasa serta pendidikan peringkat tinggi diwujudkan melalui pelaksanaan peraturan tersebut.

2 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Melalui pendidikanlah sesuatu tamadun bangsa boleh dibangunkan.

Kita terlalu banyak berpolitik, sehinggakan soal akhlak remaja yang merosot, kemelesetan ekonomi yang makin mencengkam, nilai eksport yang makin menurun, pengangguran yang meningkat seakan-akan dipinggirkan.

Tanpa Nama berkata...

umno telah berkuasa selama lebih 50 tahun tapi apakah yang mereka buat untuk islam.memang tiada apa yang boleh diharapkan dari umno kerana umno tidak berteraskan alquran dan hadis, maksiat dan kemungkaran adalah kehidupan mereka. dari pemimpin umno hinggalah anak cucu keturunan mereka sentiasa hidup dalam dosa dan buta mata hati lantaran jahil dalam agama dan dilalaikan oleh umno yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu dan islam.mereka sebenarnya mengakui keikhlasan pemimpin dan ahli PAS tapi sombong dan takut kehilangan kuasa dan pengaruh yang menjanjikan kesenangan dunia.jika tidak kerana orang melayu dapat diperbodohkan umno sudah lama dibakul sampahkan atau ditelan tsunami atau disimpan dimuzium.