01 Mac 2009

Demokrasi Dicincang

V.Sivakumar
Speaker, Dewan Negeri Perak.

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil dewan bersidang? Kalau hak untuk memanggil dewan bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.

Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan-keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil dewan untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan.

Begitu juga, Perintah-perintah Tetap 11 memberi kuasa penuh kepada speaker untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat yang akan diadakan. Apakah lagi peruntukan undang-undang lain yang diperlukan bagi membolehkan seseorang speaker untuk memanggil Dewan bersidang? Undang-undang ini jelas menunjukkan speaker mempunyai budibicara dan hak untuk memanggil dewan bermesyuarat.

Tetapi, sekali lagi kuasa speaker dicabar dan dicabuli oleh pihak eksekutif. Penasihat Undang-undang Negeri Perak campurtangan dalam kuasa legislatif dengan cuba menghalang daripada mengadakan sidang dewan tergempar ini. Beliau memberi pelbagai alasan dan tafsiran undang-undang yang tidak munasabah untuk menghalang Setiausaha Dewan menghantar notis kepada Ahli-ahli Dewan Negeri bekenaan dengan sidang dewan tersebut.

Apakah kuasa yang ada pada Penasihat Undang-undang dalam menghalang persidangan dewan tergempar? Siapakan memberikan kuasa sedemikian untuk bertindak diluar bidangkuasanya? Tindakan beliau boleh disahihkan sebagai satu lagi penghinaan terhadap dewan undangan negeri Perak yang mulia. Beliau tidak ada kuasa untuk menasihat atau memaksa Speaker untuk tidak mengadakan persidangan Dewan Negeri.

Penasihat Undang-undang cuba mentafsir undang-undang bagaikan ‘ada udang disebalik batu’. Saya ingin mengingatkan beliau supaya jangan meniadakan doktrin pengasingan kuasa yang menjadi tunggak demokrasi sesebuah negara. Gangguan-gangguan seperti ini akan mencemarkan nama baik institusi perundanagan yang disanjungi tinggi di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap bersama-sama dengan beberapa pakar Undang-undang Perlembagaan sebelum memanggil persidangan dewan tergempar. Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidangkuasa speaker.

Saya telah menerima 2 usul daripada YB Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan YB Chang Li Kang (Teja) yang memerlukan perhatian dewan dengan serta merta. Oleh yang demikian, saya terikat kepada undang-undang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya untuk memanggil sidang dewan tergempar untuk membincangkan isu yang dibangkitkan. Ini juga merupakan amalan demokrasi yang perlu diberi pengiktirafan oleh semua pihak yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

22 ulasan:

Budak Perak berkata...

umn0 membunuh dem0krasi di MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Bila kena kat hang hang kata demokrasi di cincang.

Power Renjis berkata...

zionis!

Tanpa Nama berkata...

salam..
Ustaz YB..saya merasakan demokrasi telah dipermainkan oleh pihak UMNO dan rakan2..maka tindakan susulan kita harus bersedia fizikal dan mental bagaimana berlakunya ketidakadilan seperti di Algeria..di Hamas..dunia yang mengagungkan demokrasi namun setelah tewas mereka menggunakan pelbagai kaedah lain..maka situasi Perak amat menakutkan..dikhuatiri mereka yakni Be End akan menggunakan kuasa darurat..atau tindakan jenayah lain untuk Speaker maka berhati-hatilah dalam menerima kunjungan -kunjungan agen perosak ...untuk DUN dibubar amatlah jauh sekali kerana mereka pengecut..

Tanpa Nama berkata...

Inilah perangai sebenar ameno yang suka menggunakan dan memutar belitkan sesuatu perkara untuk kepentingan demi tembolok mereka.

Undang-undang tubuh jelas mengatakan hak speaker tapi bila kena batang hidung mereka , mereka menafikan hak orang lain ( dalam kes ni hak speaker ). Bukan deme tak pernah gunakan kuasa speaker masa mereka berkuasa di Malaysia ni.
Udahlah ameno....jangan ler bersikap perkauman melayu kamu lagi. Kamu bukan nak jaga hak melayu, tapi nak jaga hak sistem feudalisme melayu kamu tu !Yang ambil keuntungan bila berkuasa, ambil tanah, ambil balak, rasuah, ......rakus !!!!
Dari dulu lagi kamu macam itu. Mana hak melayu yang kamu nak pertahankan....satu-satu hancur ! Islam pun akan hancur kalo kamu masih memerintah ! Mana hukum untuk orang murtad ??? Mana ?
Orang-orang ameno kat kampung masih dibuai retorik yang dimainkan oleh pemimpim mereka....konon untuk perjuangan bangsa tapi semua hanya retorik. Yang kaya, untung, hanya kamu pemimpin ameno...rakyat marhaein kebanyakannya hanya kena main dengan sandiwara pemimpinnya.

Permintaan dari saya, anak melayu muda perak, benarkan DUN bersidang, setuju adakan pilihanraya semula.....biar kami rakyat tentukan semula. Sapa menang dia memerintah Perak !!!

Saya pasti pangkah PAS.....PR !!!!!!!!!
Jahanam ameno.....BN !!!

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang babi hutan, parti setan!

Tanpa Nama berkata...

kami sudah fed up dgn perangaipuak2 be end..ya allah hancurkanlah mereka ...

Tanpa Nama berkata...

no komen..apa pun kebenaran akan terserlah akhirnya..

Tanpa Nama berkata...

LA ni kerja dengan sapa ni? LA ni kerja dengan UMNO kut? itu pasai le...11 bulan dulu tak da pun berbunyi dia membela kerajaan pakatan rakyat. selesaikan lah masalah serah dewan orang ramai pada JKKK yang baru.Eh...memang UMNO dia ni. Ngapa dia tak mahu minta tukar. menyusahkan orang je. Tak tahu dosa langsung. Kita jumpa di akhirat.

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya memang memantau cerita rakyat Perak ..umumnya pihak UMNO sendiri sesetengah ketua cawangan pun malas bercerita mungkin malu keran perlakuan pemimpin mereka yang merosakkan demokrasi itu sendiri...namun kita perlu berhati-hati...bagaimana agen boleh memasuki kelambu bersama 2 ekor katak yg tak pulang2..begitu juga hal begini..maklumat sms perlu kita uptodate agar sampai maklumat..

Tanpa Nama berkata...

saya dapat merasakan mereka akan meletakan barrier untuk menghalang ahli2 dewan masuk

Tanpa Nama berkata...

Nantikanlah balasan dari Allah untuk orang2 yang zalim. ALLAHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

pr kena kawal speaker baik baik takut nanti kena culik.

Tanpa Nama berkata...

makin hari kepercayaan rakyat kapada umno makin luput. makin umno buat hal makin bertambah rakyat tahu, makin meluat...la ni, kalangan rakyat jangan tersasul sebut 'aku umno'...jam tu semua orang anggap kita penipu..., sebab semua rakyat tahu orang melayu umno semuanya penipu.

Sulaiman berkata...

Teruskan je bersidang...! Saya yakin persidangan 3 Mac ni cuma akan dihadiri oleh ADUN PR shj. Maka dapatlah kita buat keputusan sebulat suara. Paper 4 Mac akan keluar muka hadapan Utusan Meloya yang akan menidakkan pulak keputusan sebulat suara DUN Perak... Demokrasi Malaysia dah mampus sejak 1957 lagie... apa nak heran... Ini dah biasa bagi PAS... Yang penting kita terus berjuang dan bezanya kali ini, rakyat semakin nampak bangkai demokrasi di Malaysia nie... InsyaAllah, Nasrullah dan Yaumul Fath semakin hampir, kita akan lihat manusia berbondong2 dan semuanya menolak BN pada PRU13 nanti...

Tanpa Nama berkata...

saya rasa baik YB MB Nizar lepas nie tk usah duduk kt kediaman rasmi macam Tn guru Nik Aziz.. tkde la dorang kata YB MB gila kuasa, harta & pangkat. hilang laa modal depa nk buruk2kan YB. tgk tn guru sekarang ni depa nk tuduh Tn guru rasuah pun tk boleh.. ini baru dia pemimpin rakyat!.. tp kalu YB nk duk jugak tk salah sbb dh itu mmg peruntukan utk YB.. hehe - sekadar pandangan...

Tanpa Nama berkata...

SUK dan Penasihat Undang Undang ni 2 ekor yang mesti dicincang lumat bila PR menerajui Perak semula... selama ni kita bersangka baik,..bila PAS memerintah Kelantan kita tak berdendam dg pegwai2 dan barua2 UMNO... tapi kali ni sikap itu perlu di ubah ..ubah untuk mengajar mereka supaya faham tentang walaq kepada pemerintah yg sah.

Tanpa Nama berkata...

mudahan sidang dun tergempar dpt djalankn,pktn rakyt dpt merintah semula.telan air liur j la bn dgn katak pisang 3 ekor

Tanpa Nama berkata...

Agak agak nya UMNO kerah puak PEKIDA ker halang sidang DUN nanti? Cura sidukacita.

Tanpa Nama berkata...

nama saja parti islam tapi perangai lebih daripda binatang, itulah hasil nya orang pergi solat untuk berceramah.mampuih esok bolehlah kapan dengan bendera pas kemudian tu terus kambus tak payah mandi sebab shahid dengan parti. takbir

Tanpa Nama berkata...

Lu olang kata Sultan ada manyak kuasa, sampai boleh tendang MB. Lu olang pigi la jumpa itu Sultan mintak sama dia jangan bagi itu Dewan meeting 3 aribulan ni..susa lah ini macam..

Tanpa Nama berkata...

>>>Anonim mengatakan...
nama saja parti islam tapi perangai lebih daripda binatang, itulah hasil nya orang pergi solat untuk berceramah.mampuih esok bolehlah kapan dengan bendera pas kemudian tu terus kambus tak payah mandi sebab shahid dengan parti. takbir

04:10:00

Salam.. rasanya komen diatas ni penulisnya khir toyo kot.. xpun ali rustam.. klau bukan juga mesti mamak zamry agaknya.. tp mesti najib yg suruh kan. tp klau rakyat biaser yg menulis, mesti kat hidung dia ada besi tindik. ntah reti solat ntahkan tidak agaknya. wallahualam. (harapan63)