17 Februari 2014

Mangsa Banjir Beaufort Meningkat 2,418 Orang Setakat Tengah Hari

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 2,418 orang setakat 12 tengah hari berbanding 2,391 mangsa pagi Isnin.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Beaufort, mangsa yang terdiri daripada 709 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan.
"Beberapa kawasan masih dinaiki air dan mereka diarahkan berpindah sejak 10 pagi terutama di kawasan Gadong," katanya.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata paras air Sungai Padas menurun kepada 8.87 meter berbanding 9.20 meter pagi Isnin, namun masih melebihi paras bahaya pada 8.70m.
Di Tenom keadaan banjir pulih dan semua pusat pemindahan ditutup. - BERNAMA

Tiada ulasan: