17 Februari 2014

Gunung Kelud bawa rezeki

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Sidomulyo: Debu, lahar dan dan batu batan yang dihambur Gunung Kelud membawa kematian dan derita. Namun bagi sebilangan besar penduduk, kesan letusan gunung berapi itu, dianggap pembawa rezeki sekali gus mampu menyuburkan tanaman. 

“Inilah rahmat di sebalik bencana,” kata Imam Choiri, petani yang mengaut debu yang melitupi raya untuk digunakan sebagai baja di kebun sayur beberapa kilometer dari kawah gunung yang meletus itu. Choiri berkata penduduk percaya debu itu membantu menghalau serangga perosak dari tanaman. 



Empat mati 

Letusan setinggi dari gunung setinggi 1,731 meter di pulau Jawa lewat Khamis lalu itu adalah antara yang paling dramatik pernah melanda Indonesia sebelum ini, dengan debu dihamburkan sejauh 600 kilometer. 

Empat mati termasuk warga emas berusia 97 tahun apabila atap rumahnya runtuh akibat bebanan dari debu dan serpihan gunung berapi. Lebih 100,000 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. 

Penduduk berdegil 

Pasukan tentera mencegah orang ramai untuk pulang ke rumah dalam jarak 10 kilometer dari gunung berapi.

Tiada ulasan: