17 Februari 2014

PKR: Zaid proksi Umno di Kajang

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

PKR mempersoalkan sama ada Umno di sebalik keputusan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang secara tiba-tiba menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

"Persoalannya: Adakah Umno di sebalik Zaid bertanding (di Kajang).

"Sekiranya Umno di belakang keputusan itu, saya cabar Umno letak calon mereka daripada menghantar Zaid Ibrahim," kata Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution dalam sidang medianya hari ini.

Kerusi DUN Kajang secara tradisinya ditandingi MCA tetapi beberapa pihak dalam BN sedang melobi supaya kerusi tersebut ditandingi Umno.

Semalam, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding calon Bebas untuk menyentap "Langkah Kajang" PKR sekaligus memastikan Tan Sri Khalid Ibrahim akan meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar Selangor sekiranya beliau menang.
Malaysiakini/-

Tiada ulasan: