25 Jun 2009

PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan - Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Jun : - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.




Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. Harakahdaily.

2 ulasan:

yes berkata...

Alhamdulillah, ribut telah berlalu. PAS adalah rakan yang setia yang tidak meninggalkan kawan. Tetapi kita harus menerima hakikatnya bukan media masa sahaja yang patut di salahkan. Orang dalam PAS sendirilah yang memulakan angkara. Kita jangan menyalahkan orang lain sahaja tanpa mahu mengaku kesalahan orang kita. Jika PAS mula berbuat begitu, budaya ini akan menular ka peringkat yang lebih parah, akhirnya kita serupa sahaja dengan UMNO yang tidak pernah berasa bersalah walaupun apa yang ahlinya lakukan.Kesalahan tetap telah berlaku tetapi telah dimaafkankerana perancangan di batalkan. Itulah hakikatnya

Bukan pemimpin PAS sahaja yang menolak rancangan tersebut, ramai dari yang menolak adalah terdiri dari ahli biasa. (Baca sahaja blog blog yang ada )Bahkan ada dikalangan pemimpin yang bersetuju. Olih yang demikian memang wajar pemimpin berterus terang dengan ahli. Ahli juga minat dengan hala tuju PAS. Ahli tak mahu menggaguk dan tepuk tangan sahaja seperti ahli UMNO.
Akhir kata , terima kasih TGNA, para Muslimat , ADUN 10 dan ramai yang lain yang turut tidak mahukan kerajaan perpaduan. Dan bagi mereka yang bersetuju, rasanya semua ahli telah memaafkan anda.
Diharap selepas ini tiada siapa lagi yang menyalahkan pehak media semata mata walaupun memang betul pehak media memang memperbesar besar kan isu kerajaan perpaduan ini.

Tanpa Nama berkata...

sudah lah Yes oiiii...yg hang x abih2 nak buat ulasan pasai pa...org semua dah senyap dah...Tok Guru pun senyap dah...x payah dok kalut la