22 April 2009

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka. Mstar.

14 ulasan:

Kekacang berkata...

Cara terbaik bagi Najib, bersihkan nama beliau di arena antarabangsa.

Awanama berkata...

Alamak Mamak Mahdey ini buat-buat tak tau pulak. Jangan nak kata selepas tiga bulan Jadi PM...Sebelim Jadi PM ,masa jadi Menteri Pertahanan Najib dah terkenal dengan keburukannya Sampai Negara Perancis & Mongolia.

Sekarang apa ko nak kata, dulu salahkan Abdullah kerana UMNO hampir tewas pada PRU-12. Tapi sekarang UMNO sudah nak hancur dan kalah PRK 4-0 kat semenanjung. Salah sapa sekarang Abdullah ke? Tapi sebenarnya segala-galanya berpunca dari mamak Madadey...Jangan nak salahkan orang lain terimalah hakikat ini.

Awanama berkata...

KITA SUDAH DIINGATKAN OLEH ULAMA SEBELUM INI BAHAWA AGAR JANGAN SEKALI - KALI KITA TERIMA SAKSI PERCAKAPAN MANUSIA INI. PENIPU BESAR!

Awanama berkata...

kita sebagai orang yang mengaku beragama islam tidk boleh menuduh seseorng itu pembunuh jika tiada bukti yang sahih.Silap haribulan, kita ni yang akan dpat 'bahagian' kelak.Seperti yang kita sedia maklum,media2 barat memang berniat utk menghancurkan org2 islam.Sesiapapun yang jadi PM atau Ketua negara islam, mereka pasti akan menjadi sasaran (kafir) barat laknatullah.Letaklah PM itu orang yang warak sekalipun pasti akan dicerca oleh media (didokongi Yahudi).Wahai org2 islam kita, janganlah pula kita menyokong mereka pl.Wallahualam..

Awanama berkata...

BIK MAMA TAK BOLEH TIDUR LENA NAMPAKNYA.

Awanama berkata...

dan kita juga jgn jadi bodoh sebodoh bodohnya sampai tak boleh fikir apa yang berlaku di depan mata walaupun sudah terang lagi bersuluh.....fikir2kanlah....

Awanama berkata...

dan kita juga sebagai orang yang mengaku islam tidak boleh menyokong mereka yang telah dengan jelas menolak islam.media2 melayu pun lebih kurang je mencerca agama sendiri.tapi kita sokong juga.....fikir2kanlah...

Awanama berkata...

siapa yg tolak islam?ada ke media yang cerca islam?cuba bagitau yang mana berserta dengan buktinya sekali wahai sedareku yang seagama.

Awanama berkata...

berani kerana benar takut kerana salah! peristiwa memali byk mengajar siapa dia maha... dan anak murid diapun sikit lebih kurang. sape yg buat kacau dgn dia ada byk pilihan :a)dihilangkan. b)dighaibkan. c)xboleh balik malaysia. d)dibagi uang. e)tanya diala...

Awanama berkata...

kalau ada yg sokong Najib, mereka ialah buta sejarah dan tuli untuk mendengar kebenaran. Kes Najib dgn artis di PD masih diingati oleh orang NS. Tanya orang pejabat agama Port Dickson.

anak tiri tok menakan berkata...

siapa makan cili dialah yang terasa pedas.
siapa makan nangka dialah yang kena getah.

sudah tahu bertanya pula.

Awanama berkata...

astaghfirullohal'azim

Awanama berkata...

Berani kerana Allah dan takut pun kerana Allah..Wallahualam

Awanama berkata...

mudah saja tun mahathir, kalau tak mau dato najib diburuk-burukan oleh media asing saman aje media tersebut dan perbicaraan boleh dijalankan di ijc, tengok siapa benar dan siapa salah. Kelak imej dato najib di mata rakyat malaysia khasnya dan dunia amnya pun boleh dipulihkan / digelapkan ( tak tau lah pulak ). Secara peribadi saya juga terasa malu kepada warga asing kerana berPM kan orang yang dituduh dengan pelbagai tuduhan tetapi tiada tindakan yang boleh dibanggakan telah diambil oleh dato najib kecuali akuan bersumpah dulu. Pepatah melayu ada berkata "Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata". Ayam jalak si ayam sabung, berani buat berani tanggung.