22 April 2009

Majlis Konvokesyen PUO dicemari Pesta Hiburan

mohd hafez sabri

Majlis konvokesyen yang diadakan setiap tahun di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta merupakan satu ikon kepada kecemerlangan para graduan dalam bidang pengajian masing-masing. Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai membanjiri persekitaran kampus untuk sama-sama meraikan kejayaan mereka. Keadaan di persekitaran kampus juga sesak dengan gerai-gerai konvo yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan menjual pelbagai jenis makanan dan barangan.

Sebagai sebuah gerakan mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap keadaan dan perkembangan mahasiswa Perak, saya selaku Presiden BERSATU Perak bersama rakan-rakan pimpinan mahasiswa Perak tidak melepaskan peluang mengunjungi gerai- gerai konvo di sekitar politeknik Ungku Omar. Namun kami merasakan suasana konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak kali ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini

Dari pemerhatian saya majlis konvokesyen Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak, kali ini tidak ubah seakan pesta hiburan. Dari jauh sudah kelihatan sebuah pentas hiburan yang dilengkapi dengan peralatan muzik kotemperori bersebelahan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Mekanikal. Saya sempat bertanya beberapa orang pelajar di sekeliling, yang seakan asyik melihat persembahan nyanyian dan tarian di atas pentas tersebut. Mereka menyatakan, pentas tersebut digunakan setiap malam sepanjang konvokesyen untuk tujuan persembahan hiburan oleh artis- artis yang dijemput khas seperti Azizi Akademi Fantasia dan ramai lagi, sememangnya perkara ini telah mencemarkan suasana keilmuan kampus tersebut serta merendahkan martabat mahasiswa.

Saya berasa amat kesal dengan apa yang berlaku kerana keadaan ini telah mencemarkan imej politeknik sebagai pusat keintelektualan yang disegani dan dikenali ramai pada pandangan kaca mata pengunjung, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Aktiviti seperti ini lah yang sebenarnya menyumbang kepada faktor kebejatan masalah sosial di kalangan pelajar politeknik. Mahukah kita malihat golongan intelek yang menjadi asset Negara pada hari ini, dirosakkan oleh tangan kita sendiri? Hiburan seperti ini sebenarnya tidak sesuai diadakan jika dibandingkan dengan matlamat sambutan konvokesyen itu sendiri.

Selain itu, bunyi muzik yang keterlaluan sebenarnya bukan sahaja mengganggu proses pembelajaran yang sedang dijalankan seperti biasa pada waktu siang malah pastinya menghilangkan konsterasi pelajar- pelajar yang sedang mengulangkaji pelajaran di asrama (KAMSIS) pada sebelah malam. Tambahan pula sekarang adalah tempoh pelajar-pelajar disibukkan dengan pelbagai ujian dan tugasan akademik masing-masing. Lebih mengecewakan lagi, apabila pihak Masjid Sultan Azlan yang terletak di hadapan politeknik memperdengarkan bacaan al-Quran Karim menjelang waktu zohor, bunyi muzik di politeknik tidak dihentikan. Saya sungguh hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku tanpa kawalan dari pihak pengurusan politeknik . Di manakah sensetiviti kita sebagai umat Islam dan golongan intelek yang tidak langsung menghormati waktu solat?

Saya mewakili seluruh mahasiswa Perak yang berada di bawah Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak, menyarankan agar pihak pengurusan dan pentadbiran Politekinik Ungku Omar Ipoh Perak,menyediakan program- program berbentuk ilmiah bersesuaian dengan visi dan misi politeknik seperti pertandingan rekacipta dan inovasi, pameran teknologi, forum bicara ilmu dan sebagainya yang mampu meningkatkan daya saing dan kreativiti para pelajar sebagai inisiatif untuk melatih mereka menggunakan kemampuan dan idea sendiri dalam mencipta peluang pekerjaan memandangkan masalah kadar pengangguran semakin meningkat hari ini. Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa, persiapkanlah diri kita dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk menghadapi cabaran yang menunggu di hadapan. Jadilah mahasiswa yang benar-benar berkualiti bukan seperti tin kosong yang tidak ada nilai kepada masyarakat.

Saya turut berasa bangga dengan kejayaan Politeknik Ungku Omar yang sudah 40 tahun usinya telah melahirkan ramai graduan cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun, untuk mengekalkan prestasi ini, pihak pengurusan politeknik perlu lebih teliti dan memperhalusi aspek penganjuran program- program dalam majlis konvokesyen seperti ini agar nilai keintelektualan Institusi Pengajian Tinggi ini terus subur dan menjadi lambang kebanggaan serta contoh kepada dunia akademik hari ini ke arah mercu kecemerlangan.

(Mohd Hafez bin Sabri ialah Presiden Gabungan Mahasiswa BERSATU Perak)

8 ulasan:

Awanama berkata...

remaja sekarang terlalu taksub kepada hiburan.hedonisme semakin menjadi-jadi...hatta di ipt pun x terlepas...macam mane nak dapat keberkatan ilmu kalau diselangi dengan maksiat2 macam ni...jangan heran la kalau budak u grad x macam orang blajo tinggi...x boleh nak bagi manfaat pada orang...bahkan mungkin menyusahkan orang lain....sama2 muhasabah

Awanama berkata...

Assalamualaikum,
Saya salah seorang bekas pelajar PUO merasa kesal dengan perkara seperti ini, perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku memandangkan PUO adalah sebuah pusat pengajian yang telah lama wujud dan sepatutnya telah matang dalam mengendalikan majlis konvokesyen. Saya sangat2 berharap pihak pengurusan PUO tidak akan mengulangi kesilapan seperti ini untuk menjaga nama baik PUO...

Awanama berkata...

itu di ipoh,Di smk panglima bukit gantang pun,hari profesional nya pada 25/4/09 dari jam 8pagi sampai 10 pagi diadakan dengan program poco-poco,kalau guru pun dikehendaki poco-poco macamana nak lahirkan generasi yang berakhlak,adun titi serong tolong buat bantahan dalam hal ini sebab ini berlaku di kawasan titi serong,lagipun isteri ustaz khalil pun ada di situ,boleh tanya dia,sepatutnya program peningkatan profesional ambil pensyarah dari luar bukan nya program yang bukan-bukan dan ada unsur pergaulan bebas... tolong siasat ustaz khalil

Awanama berkata...

Islam tak menolak hiburan ...
tapi hiburan yang melampau , yang melanggar etika syariat Islam patut ditolak ...
Makin tak faham dengan masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan bangsa Melayu ...
Inilah puncanya kalau Islam kerana keturunan dan ikut-ikutan ....
Mintak tolong bangsa Melayu , jangan rosakkan Islam itu ... Islam itu bukan untuk Melayu tetapi untuk semua manusia , tak kira melayu ke , arab ke , jawa ke , india ke , cina ke , kadazan ke , jepun ke , bangladesh ke , india ke ....

Awanama berkata...

alah kan setakat senaman dengan muzik dan nak suka-suka tak boleh,jangan jadi ustazah dan ustaz yang kolot lah,dunia dah majulah ....anda semua ni anti kemajuan lah....macamana nak maju .....perkara remeh temeh macam ini pun nak dipersoalkan.......banyak lagi perkara besar

Awanama berkata...

alah kan setakat senaman dengan muzik dan nak suka-suka tak boleh,jangan jadi ustazah dan ustaz yang kolot lah,dunia dah majulah ....anda semua ni anti kemajuan lah....macamana nak maju .....perkara remeh temeh macam ini pun nak dipersoalkan,…harap maklum

dari pencinta kemajuan

Awanama berkata...

bagi saya.... nak berhibur tiada masalah cuma jangan keterlaluan... saya sndri adalah pelajar puo.... mmg masjid berdekatan dengan kawasan konvo ttp kalo da masuk waktu solat sume acara hiburan di hentikan... kami masih lagi tau cara nak menghormati azan..... umumnya.. pada majlis konvo banyak kelas yang ditunda... masing2 sibuk menguruskan hal masing2...... rasanya x salah nak berhibur untuk seketika.....

Awanama berkata...

konvo is time to fun,..lepas da bertahun bertungkus lumus,.. so why not if they want to enjoy just for awhile,..konvo bukan sepanjang tahun pon,.. even panggil artis itu ini, buat ceramah ke.. tapi masih terkawal dengan ada lecturer yang jaga,..bukan parti liar pon,.. ok,.. x mo sedih2 da ea,.. da besar kan,.. think positive,.. boleh jadi itu projek junior for their senior, who know,.. haha