22 Februari 2011

Sampainya hati ibu


19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PASIR GUDANG – Tiga beradik malang yang ditemui terkurung di dalam rumah mereka sendiri di Taman Chendana di sini bukan sahaja tidak terurus malah keadaan mereka, malah begitu kelaparan.

Setiap kali ibu mereka pergi ke tempat kerja, setiap kali itulah mereka akan terkurung di dalam rumah tanpa disediakan bekalan makanan.

Tetapi kali ini nasib anak-anak itu lebih malang apabila ibu mereka langsung tidak pulang menyebabkan mereka hampir kebulur.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, ibu ke kanak-kanak malang itu dikatakan mencari rezeki di sebuah stesen minyak untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Menurutnya, wanita tersebut yang merupakan ibu tunggal langsung tidak mengambil berat soal keselamatan anaknya yang ditinggalkan dalam keadaan rumah tidak terurus.

“Saya kerap melihat mereka bertiga ditinggalkan kelaparan dan pernah sebelum ini salah seorang daripada mereka memakan najisnya sendiri kerana terlalu lapar.

“Jiran ada membantu menghulurkan makanan kerana kasihan melihat tetapi ibunya akan mengamuk dan memukul anaknya jika mengetahui mengambil makanan daripada kami,” katanya.

Beliau turut mendakwa kerap melihat asap keluar dari rumah kanak-kanak yang dikurung itu kerana adik yang masih kecil bermain api, tetapi sempat dipadam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Taman Cendana, Shamsul Bahrin Ibrahim berkata, ibu kanak-kanak itu adalah penerima bantuan perumahan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij).

Menurutnya, pihaknya menerima aduan mengenai tiga kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian sejak keluarga itu menetap di rumah pangsa itu tiga tahun lalu.

“Kita difahamkan kanak-kanak itu pernah dihantar ke pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini, tetapi diambil ibunya, kecuali anak sulungnya berumur 10 tahun masih di Rumah Anak Yatim Darul Hanan Pasir Gudang.

Menurutnya, hasil bantuan anggota polis dari Balai Polis Pasir Gudang, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan dibawa ke balai polis untuk dihantar ke pusat perlindungan kanak-kanak JKM kerana keselamatan di tempat itu lebih terjamin.

Dalam pada itu, Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, kanak-kanak itu akan ditempatkan di wad selama semalaman untuk pemeriksaan perubatan sebelum dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk mendapatkan perintah perlindungan siasatan selama 30 hari.

“Dalam tempoh 30 hari kanak-kanak itu akan dihantar ke Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Juwita, Johor Bahru sebelum siasatan terhadap ibu dilakukan untuk mengenal pasti siapa layak menjaga mereka,” katanya.

Sinar Harian/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ibu mana yg sanggup memperlakukan anaknya sebegitu. Mungkin keadaan dan realiti hidup yg memaksa ibu tersebut berbuat demikian.

Kepada ibu tersebut, mungkin dengan meletakkan anak2 di bawah jagaan JKM akan membuatkan anak2 lebih terjaga keselamatan dan keperluan mereka. Memang sedih berpisah dengan mereka semua, tapi pengorbanan perlu untuk membesarkan anak-anak ini. Sebagai ibu, anda harus lebih tahu.

Utk tuan moderator blog yg saya hormati, adakah cara yg boleh saya bantu anak2 tersebut? Nombor akaun yg boleh dibank in kan sedikit bantuan untuk anak2 ini?

Tanpa Nama berkata...

Ini d negeri Darul Umno "JOHOR".... Masih ada lagi kes mcm nih...kalau kat negeri pakatan...tentu heboh satu malaysia....ada dlm tv ker ni?

Idham Lim (林川興) berkata...

saya cadangka pebaca menghubugi : SINAR HARIAN EDISI JOHOR
EDITOR Zaila Mohamed Ali
(019-7904669)

zaila.mohamed@sinarharian.com.my

KETUA WARTAWAN Syareena Ali
(019-7906796)

Sinar Karangraf Sdn Bhd
Lot 210, PTD 102565 Jalan Seelong,
81400, Senai,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-5980446
Faks: 07-5980448

Tanpa Nama berkata...

tutur kata tidak mencerminkan keperibadian sebagai seorang muslim yang sering kali bercakap tentang islam,apa itu islam?