26 April 2010

Zaid : Pilihanraya paling buruk dan penuh dengan penipuan.

11 Jamadil Awa;l 1431H.


HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.

“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.

Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.

10 ulasan:

Suara majority rakyat Malaysia berkata...

BN MENANG MELALUI PENIPUAN DAN MANIPULASI

Suara majority rakyat Malaysia berkata...

BN MENANG MELALUI PENIPUAN DAN MANIPULASI

Tanpa Nama berkata...

salam
tahniah kepada penyokong pr...disisi Allah anda kalian semua berjaya..hanya disisi dajjal shj anda tewas...semoga Allah meberikan kita lebih kekuatan..orang yang mengikut dajjal itu adalah torut dan fasik ..ingatlah orang-orang yang fasik itu dalah terletak diaras neraka yang paling bawah..nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

bwa la bersabar ini semua dah ketentuan ILLAHI.kita sudah berusaha sebaik mungkin akan tetapi bukan milik kita..perjuangan masih belum tamat..

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman (ali Imran:139)

PRO ISLAM berkata...

Salam. Tahniah dan terima kasih kpd penyokong PR yang bekrja berrtungkus lumus walau pun tidak menang dengan majoriti yang tak seberapa jika dibandingkan dengan rasuah, ugutan, penipuan, pengadil yag berat sebelah(baca SPR).
Peluang masih ada dlm PRU ke13 InsyaALLAH.Lawan tetap lawan.

Tanpa Nama berkata...

akur dgn ktentuan Yang Maha Esa..sudah begitu tertulis..xtimbul isu penipuan dan sebagainya.. PR pn pernah menang di byk kawsan pilihanraya kecil..Kita xmahu dilihat mengatakan penipuan bile terjadi kekalhan.. Akur dgn ketentuanNya.. Teruskan Usaha..krn DIA menjanjikan kejayaan bg yg trus berusaha.. krn perjuangan belum BERAKHIR!!!

Tanpa Nama berkata...

Ada kewajarannya mengapa masyarakat Felda beri undi pada BN. Bayangkan hampir 20 tahun mereka menunggu pampasan dibayar, jika mereka tidak memenangkan BN kali ini sudah pasti mereka akan menunggu 20 tahun lagi. Fikir-fikirkanlah jika kita berada di tempat mereka. Cuma persoalannya adakah pembayaran pampasan itu akan dapat ditunaikan dalam tempoh terdekat ini?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak pandai menari jangan salahkan papan tinggi rendah..... oh ye tengah mabuk mana boleh menari... ye tak ye juga ye!!!!!!!!!!

dol kakirempit berkata...

salam Yb,
apa cerita ni. dah kalah terima ja lah.. takkan nak kawan tak tadir Allah. plik la puak2 ni. tak percaya pd hukum iman kot.