22 Ogos 2013

Khutbah Jumaat : “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI”

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

)
 “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI” 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلاَّ مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (النساء: 148)
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang diucapkan secara terang-terangan (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ }
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dizalimi."(Al-Nisa': 148

اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Dunia hari ini sedang menyaksikan situasi yang amat sukar bagi kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Manusia semakin keliru dalam membezakan antara baik dan jahat, antara berperang dan mengganas, antara jihad dan jahat . Dunia hari ini bukan lagi dunia yang dikuasai oleh kepimpinan dan ketuanan Islam, tetapi dicernakan dan diaturkan oleh dunia barat yang penuh kepalsuan. Sekian lama dunia Islam menghadapi penganiayaan dan penindasan, namun Islam juga yang masih menjadi musuh utama alam sejagat . Umat Islam masih dilihat sebagai umat yang sukakan keganasan walaupun di mana-mana kita melihat Umat Islamlah yang sering menjadi mangsa keganasan. Ketika bumi Palestin dirampas oleh Yahudi Israel laknat, dunia masih sibuk menuding jari menyalahkan dan mempertikaikan tindakan kumpulan Islam yang berjihad mempertahankan negara mereka. Ketika umat Islam disembelih di Bosnia dunia hanya menganggapnya sebagai suatu malapetaka biasa. Sekian lama Umat Islam menjadi mangsa Syiah di Syria, dunia hanya menganggapnya sebagai perang saudara. Dan kini tatkala Umat Islam diganyang oleh Thoghut perampas kuasa di Mesir, Ikhwanul Muslimin pula yang disalahkan dan terus-terusan dicerca.
Berbeza sangat keadaannya apabila keadaan yang sama menimpa Yahudi dan Nasrani. Sejarah pembunuhan entah berapa orang Yahudi oleh Hitler, menjadikan mereka bangsa yang dianggap sebagai mangsa selama-lamanya, sehingga mereka bebas membalas dendam kepada sesiapa tanpa boleh dilarang oleh sesiapa. Sedikit kecelakaan yang dirancang dalam peristiwa 11 September, menjadi alasan untuk dunia menerima kekejaman Amerika yang mengganas di seluruh dunia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ini semua berpunca daripada kelemahan Umat Islam yang terlalu bergantung kepada orang lain dan semakin jauh daripada ajaran Allah. Umat Islam hari ini tidak mempunyai sebab dan musabab bagi melayakkan mereka menerima bantuan dan pertolongan Allah. Terlalu jauh bezanya zaman ketuanan Islam suatu masa lalu dengan zaman kelesuan dan kedayusan umatnya pada masa ini. Khalifah Umar al-Khattab bersama tenteranya memasuki negara barat dengan hanya memberikan penduduk negeri tersebut tiga pilihan iaitu menerima Islam sebagai pegangan, bernaung di bawah pemerintahan Islam dan memberi jizyah atau bersedia menghadapi peperangan. Oleh kerana Islam mempunyai ketuanan serta dihormati oleh musuh dan kawan, maka tindakan tersebut tidak pernah dipersalahkan. Malah sebahagian besar penduduk menyambut kemasukan tentera Islam sebagai bulan jatuh ke riba kerana sekian lama mereka tersiksa dengan kekejaman pemerintah yang ada. Masyarakat dunia terlalu dahagakan keadilan dan kebebasan Islam. Dunia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan Islam walaupun Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang zuhud yang tinggal di rumah yang buruk dan memakai pakaian yang bertampal, namun keberanian, ketegasan dan keyakinannya melaksanakan Islam dihormati oleh penduduk dunia dan masyarakat antarabangsa. Ini berbeza dengan umat Islam hari ini yang lebih banyak menyembah mengharapkan keredhaan Yahudi dan Nasrani berbanding keyakinan terhadap pertolongan Allah. Walaupun pemimpin Islam hari ini mempunyai sumber kekayaan yang mampu menguasai dunia serta mempunyai mahligai dan kemewahan yang menakjubkan dunia namun segala tindakan kita seolah-olah masih mengharapkan pertolongan orang bukan Islam. Umat Islam hari ini lebih banyak menjaga imej agar tidak disalah anggap oleh orang lain daripada memperlihatkan amalan dan perlaksanaan Islam walaupun imej yang dikehendaki tidak pernah diperolehi. Kita lebih banyak bertolak ansur sehingga dunia langsung tidak mendapat gambaran apakah Islam sebenarnya. Rasulullah SAW bersabda:
يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.- (رواه البيهقي، حديث حسن).
Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati”

Sidang Jumaat Sekelian,
          Dunia masih terus diperbodohkan oleh Yahudi dan Nasrani jika Islam tidak kembali memerintah dunia. Teknologi nuklear  hanya menjadi hak negara yang tidak mengancam mereka. Hak asasi manusia perlu diamalkan di negara dunia ketiga tetapi tidak menjadi agenda besar di negara mereka. Demokrasi digunakan untuk menjajah negara yang tidak tunduk kepada mereka sedangkan rampasan kuasa digunakan bagi membolehkan boneka mereka memerintah sesebuah negara.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
          Sukar nak digambarkan bagaimana Umat Islam mampu berdiam diri melihat pembunuhan demi pembunuhan ke atas saudara kita tanpa berbuat sesuatu yang bermakna bagi menghentikannya. Nyawa umat Islam seolah-olah tidak mempunyai sebarang harga dan pembunuhan umat Islam seolah-olahnya suatu perkara kecil. Sedangkan Rasulullah saw menafikan keislaman bagi pembunuh seorang muslim tanpa hak apatah lagi pembunuhan ribuan Umat Islam walaupun oleh pemimpin mereka sendiri. Sabda Rasulullah saw :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
Daripada Abdullah berkata, sabda Rasulullah saw bersabda ; mencela seorang muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kafir.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.  أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
سورة المائدة اية 82
Maka kamu akan mendapati bahawa mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang yang beriman adalah Yahudi dan mereka yang syirik kepada Allah.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Segala kekalutan seperti ini tidak akan berlaku jika Islam menguasai dunia. Dunia hari ini akan aman jika Islam diberi peranan yang secukupnya. Umat Islam mestilah mengembalikan jati diri dan berusaha mendapatkan kembali  اَلسِّياَدَةatau ketuanan Islam bagi memimpin dunia. Oleh yang demikian kita tidak ada pilihan lain kecuali tidak tunduk apatah lagi menyokong segala tipu daya Yahudi dan Nasrani. Kita wajib menyokong segala usaha ke arah mengembalikan Islam sebagai kuasa memerintah kerana hanya Hukum Allah yang berhak dilaksanakan di bumi Allah ini. Firman Allah SWT :

ولاَ تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُونَ
Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tiada penolong yang lain dari Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. - Hud ayat 113


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.







Disediakan oleh :

Kamal Izat Bin Ahmed
(Abu Izzah At-Tualanji)
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Perak

Tiada ulasan: