21 April 2010

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

5 Jamadil Awal 1431H.

HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Memang benar dia sudah tarik diri daripada bertanding, saya sudah mendapat maklumat tersebut daripada Pegawai Pengurus pilihan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini malam ini.

Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Johan bagi mendapat kenyataannya gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.

Menurut Wan Ahmad lagi, Johan telah memaklumkan secara rasmi kepadaPegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham AhmadDahlan.

Keputusan Johan itu menyaksikan perebutan pilihan raya kerusi berkenaan hanya satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dua-dua katak tu ada strateji.fulus suta masuk.hari penamaan calon tu gatal sangat nak masuk.tak fikir ke?tak ke lihat calon bebas yang lepas-lepas,dapat 2/3 ratus undi je.ngabiskan boreh je.