21 Ogos 2009

H1N1 APA KATA

Oleh : megat

Salam,

Kita cuba lihat isu Virus H1N1 ini dari sudut lain pula.

Sebelum ini kita selalu diceritakan dan diriwayatkan kisah pengajaran kehidupan zaman nabi dulu-dulu.. Penuh dengan pengajaran yang melibatkan bala yang menimpa terhadap umatnya.

Kekadang kita tidak sedar apa yang berlaku sekarang ini lebih kurang sama juga dengan pengajaran yang di riwayatkan kepada kita yang terkandung di dalam al-Quran.

Sebenarnya kita lupa penyakit yang di sebarkan ini adalah satu bentuk pengajaran dan bala kepada kita khasnya umat islam di Malaysia.

Kita mempersoalkan kenapa penyakit ini banyak hanya menular serta menjangkiti majority orang islam sahaja di Malaysia. Dan kematiannya juga di monopoli oleh orang islam disini. Sedangkan kita ketahui penyakit ini berasal dari babi namun orang islam yang tidak pernah menyentuh babi mahupun memakannya namun alangkah malangnya kita yang paling ramai menjadi mangsa penderitaan penyakit ini.

Bukanlah Allah menurunkan penyakit ini untuk menyiksa atau menghukum umatnya tetapi ianya satu cara menyedarkan umatnya di Malaysia ini yang sedang bertelagah sesama sendiri. Mungkin benar ini juga bala yang ditujukan khas kepada umat silam dinegara ini kerana memperguna serta mempermainkan agama islam untuk kepentingan peribadi merebut kuasa dunia samata-mata. Allah tidak menurunkan bala ini kepada orang bukan islam bukanlah kerana Allah lebih menyayangi mereka dari umatnya sendiri tetapi ianya bentuk satu pengajran yang di tujukan khas untuk umatnya yang sedang bertelagah merebut kuasa dunia dengan menggunakan islam sebagai modalnya. Kita dapat lihat ramai tokoh2 agama sudah menyelewang akalnya dan terlari dari prinsip islamnya setelah menikmati pangkat kuasa semata-mata di dunia ini.

Allah masih sayangkan kita maka dengan itulah Allah turunnya pelbagai penyakit supaya manusia khas orang islam tidak hanyut dek kerana pangkat serta harta yang telah dikecapinya.



Kita lihat sekarang ini khas di Malaysia ramai kononnya dikatakan tokoh agama bergaduh sesama sendiri, mengkafirkan umat islam mengikut akal fikirannya, menyokong serta membela penganut lain semata-mata untuk menjaga agenda politiknya, berteriak..mengfitnah..mencarut..mengeji..ego yang tidak terperi..serta membenarkan islam dihina hanya semata-mata semuanya kerana kepentingan politik..

Apabila tokoh agama sendiri yang melakukan ini semua maka di turunkan bala untuk menyedarkan kita semua..

Allah masih sayangkan umatnya.. dengan itu Allah menurunkan sedikit bala untuk menginsafkan kita daripada perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh tokoh agama khasnya dan amnya untuk semua orang islam di Malaysia ini.

Terfikirkah kita tentang itu semua??

4 ulasan:

Awanama berkata...

selesema babi - H1N1 (Haram nombor 1, Najis nombor 1)

Awanama berkata...

saya rasa kita perlu lihat dari sudut yang lain,kita tidak bolih salahkan ahli agama kerana dalam hal ini besar kemunkinan virus H1 N1 ini adalah ciptaan orang orang bukan islam dalam agenda menghapuskan anasir yang mereka takuti, saya ingin menarik perhatian pembaca, virus ini bermula di mexcio,kita tahu u.s.a bersempadan dengannya,kita dapati u.s.a diancam dengan pati dari mexcio,dadah dan lain lain lagi maka tidak mustahi senjata biologi digunakan utk tujuan ini seperti mana senjata kimia yang lain.

armouris berkata...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi

Awanama berkata...

ramai juga orang bukan islam di malaysia yg meninggal sebab H1N1 ni.

kerajaan kita ni samada terlalu berahsia ataupun bingai tak tau nak buat apa, sebab tu orang ramai lebih tercongok-congok membuat pandai sendiri dan bagi rumusan sendiri.

ABJ