21 Ogos 2009

Nak tahu Restoran paling bersih di Seremban ?

Oleh : Rozmal bin Malakan

Pagi tadi hantar ayah buat pemeriksaan susulan akibat kecederaan tangan sebelum ini di Hospital Seremban. Dekat tengahari baru habis. Lepas tu bawa ayah dan emak makan di Restoran Haji Sharif di tengah bandar Seremban di jalan Yam Tuan.

Restoran Haji Sharif ni popular dengan Cendol dan Rojak. Dan dia popular sejak saya sekolah di Seremban lagi dekat Telekom Seremban. Masa tu dia buat ais untuk cendol pakai sagat saja (hancur ais guna sagat tangan). Memang popular dulu cendol dan rojak di Telekom Seremban tu, warung dia kecil , main tolak saja.

Lepas tu dah tak de lagi warung-warung di Telekom Seremban sebelah A&W tu. Mereka pindah kejap depan Hotel Royale Bintang sebelah Hotel Tasik.

Lepas tu ayah pun tak tahu mana mereka pindah. Rupa-rupanya sekarang Restoran Haji Sharif adalah mercu tanda bandar Seremban. Luar dalam semua hijau. Bangunan hijau, baju pekerja hijau, lantai hijau, meja hijau, kerusi hijau, dinding hijau, cendol pun hijau. Restoran Evergreen agaknya.

Menu restorannya mudah saja , Rojak atau Rojak Mi, minum pelbagai Cendol, itu saja, tak ada Nasi, tak ada Roti Canai dan lain-lain. Rojak dia memang special, cuba dulu baru tahu. Ramai orang yang datang, Melayu, Cina, India. Letak kereta pun mudah, banyak tempat letak kereta , walaupun tengah bandar Seremban.

Ini bab yang saya suka. Restorannya memang amat bersih sampai ke tandas. Majlis Perbandaran Seremban beri sijil perakuan A iaitu paling bersih. Masa saya tengah makan seorang pekerja sedang lap dinding restoran dengan air sabun. Tak pernah dalam hidup saya tengok restoran di lap dindingnya.

Lebih-lebih lagi wabak H1N1 ini memang digalakkan semua tempat awam sentiasa di lap dengan sabun meja, kerusi dan sebagainya.

Dan lagi satu saya suka restoran ni tak ada jual rokok atau gula-gula dan jajan. Hebat betul pemilik restoran ini , menjaga kesucian, kebersihan, kehalalan makanan yang dihidangkan.

Juga lagi satu saya suka restoran ini tak ada radio dan TV yang memekakkan telinga.

Restoran ini boleh dijadikan contoh atau “Benchmark” untuk pemilik restoran dan kedai makan satu Malaysia mungkin satu dunia. Kalau saya , saya beri pemilik Restoran ini tokoh Maal Hijrah ke , anugerah apa-apa ke, Duta Pelancongan Negeri Sembilan dan sebagainya.

Tanpa hiburan, tanpa rokok, tanpa pelayan seksi , sebuah restoran boleh begitu maju di tengah bandar Seremban. Fikir fikirkan.

Banyak produk pelancongan di Negeri Sembilan ni. Cendol Leman Dawi, Masak Lomak Cili Api dan Lomang Kendong dan banyak lagi. EXCO Pelancongan kena banyak turun padang.


2 ulasan:

Awanama berkata...

KALAU BOLEH AMBIK GAMBAR LA SIKIT..

Awanama berkata...

Mana bole bagi anugerah pada restoran ini............... Hijau tuuuuuuu!!!!!!!