21 Ogos 2009

7 e oh 7e

Oleh : Amin Fadzlan

Salam....nak share sket pgalaman selama 1bulan setengah saya bekerja di 7eleven penang. saya graduan lulusan ipta mula bekerja di 7e bermula 2 julai 2009. Alkisahnyer..cara bayaran gaji 7eleven adalah melalui akaun maybank,yang dimana saya tiada akaun bank tersebut.store manager(sm) seorang wanita peghujung 20 an,telah menyerahkan borang untuk membuka akaun bank tersebut seminggu selepas sy bekerja.

Pada 10 Julai 2009[jumaat] saya terus membuka akaun bank tersebut..dimana akaun saya akan diaktifkan pada 13 julai 2009[isnin] kebetulan pada hari tersebut[13 julai 2009] saya bekerja Morning shift (7am-3pm}.habis waktu bekerja terus saya bergegas ke bank tersebut bagi mendapatkan kad dan terus menyerahkan salinan akaun maybank pada sm saya pada keesokkan harinya iaitu pada selasa 14 julai 2009.

untuk pengetahuan anda semua bayaran gaji 7eleven adalah dua kali sebulan iaitu pertengahan dan penghujung bulan 15hb dan 30hb..

saya sedia maklum kerana saya baru sahaja bekerja maka pihak 7e tidak akan proses gaji saya untuk pertengahan bulan..

tiba masanya 30 julai 2009 sm saya telah memberitahu kepada saya bahawa saya tidak akan menerima gaji pada akhir bulan tersebut [31 julai 2009] diatas kelewatan saya menyerahkan salinan akaun maybank.

sila rujuk tarikh yang di highlight. saya tak nampak mana2 sebab atau alasan mengapa sm menyatakan kelewatan saya menyerahkan salinan tersebut.

saya tidak mahu mengambil risiko lalu menghantar notis berhenti sebulan..
kerana telah nampak cara management yang pada pandangan saya amatlah tidak profesional..jika benar sm benar2 mempunyai sifat kemanusiaan beliau akan mengusahakan cara untuk saya menerima bayaran gaji pada bulan tersebut [31 julai 2009]..kerana pada pahaman saya beliau boleh membayar gaji saya melalui cek..

tujuan saya bekerja adalh untuk tidak bergantung harap duit daripada keluarga selain mencari duit poket untuk kegunaan sendiri..

baru2 ni [12 ogos 2009] saya telah mendapat tawaran usahasama kerajaan dan telah menghantar notis 48 jam untuk berhenti iaitu tarikh akhir saya bekerja adalah pada [13 ogos 2009] khamis..

seperti yang semua maklum bayaran gaji 7e adalah 15 hb iaitu jatuh pada hari sabtu[15/8/2009].saya amatlah kecewa dan kesal yang teramat kerana tidak mendapat satu sen bayaran gaji dari pihak 7e...
dan pada hari ini [17 ogos 2009] isnin,saya sekali lagi menyemak akaun saya namun hampa..

saya terus meghubungi bekas majikan saya sm bagi mendapatkan kepastian..pada mulanya beliau mengungkit kelewatan saya menyerahkan salinan akaun bank..logik atau tidak sudah 3 kali bayaran gaji dan beliau masih lagi meyatakan alasan yang sama........

dan menyatakan sya akan menerima bayaran gaji saya pada penghujung bulan ini [31 ogos 2009]..saya meminta kepastian sekali lagi dari beliau...
kali ini jawapan beliau amatlah memeranjatkan dan amatlah tidak dapat diterima logik akal
beliau menyatakan gaji saya akan diterima selepas 3 bulan bermula bulan ini.
ini bermakna saya akan menerima gaji saya pada bulan 11[november].!!!!!!!

yang saya kesalkan disini

1. beliau adalah bangsa melayu keturunan islam-sangup dan tergamak menganiaya sesama sendiri...
2.3 kali bayaran gaji dan saya masih tidak dapat menerima bayaran atas alasan yang menjengkelkan.
3. penindasan beliau terhadap golongan bawahan
4.menggunakan kuasa untuk menganiaya pekerja

mcmane nak soh pihak 7e bayar gaji nih?????......

p/s:-sila perhatikan banner di 7eleven sekitar Pulau Pinang yang memerlukan pekerja
......lu pikirla sendiri

graduan/lepasan spm yang sedang mencari kerja berhati2lah
agar tidak menerima nasib yang sama seperti saya...don try dis at home

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tak beli barangan di 7eleven, tapi pergi selalu ambil suratkhabar free "the sun"

Tanpa Nama berkata...

xpayah amik gai..amik je barang dlm 7e tu..amik brg kira2 sama mcm gaji kita..cukup..br pueh hati

Tanpa Nama berkata...

dah banyak dah kes begini, ada tak staff yang berhenti teraniaya begini membuat lapuran kepada jabatan tenaga kerja atau pun minta nasihat daripada CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang). Anak dan menantu saya pun bekas staff 7e. Saya rasa, kerana tak ada yang buat lapuran, itu yang buat 7e tak peka kerana tak ada tindakan kepada mereka

Tanpa Nama berkata...

Dulu ana lepas spm kerja dengan ayamas di klang.Boss ana org cina.ana kerja sebulan lepas tu terus cabut(berhenti).Ana rasa mungkin gaji pun tak dibayar sebab ana lari cam tu je... bila ana sesak ana cuba check dalam akaun maybank.. punyale terkejut ada duit RM300.00. Rasa nak nangis dibuatnya.. sebab walaupun ana cabut mcm tu je ..tanpa bagi surat tapi pihak ayamas tetap jugak masukkan duit gaji satu bulan... lepas je peristiwa tu ana tak cabut lari kerja macam tu je... ana akan beri notis walaupun 24 jam....

akulajuki berkata...

Kalau saya tulih nanti ramai Melayu yang akan marah, tapi saya nak tulih jugak sebabnya saya Melayu jadi berhak untuk kutuk Melayu bukan seperti Melayu PEKEMBAR yang marah apabila kelemahan serta kepincangan Melayu diwar-warkan.

Saya pernah berurus niaga dengan orang Cina begitu juga dengan orang Melayu tetapi ikhlas saya katakan berurusan dengan orang Cina lebih mudah berbanding dengan orang Melayu walaupun saya ni Melayu jugak.

Malaysia ni nak melingkup kerana ramai Melayu yang taksub sesama bangsa dan memandang rendah bangsa lain sedangkan bangsa lain lebih hebat lagi kerja mereka.

Dalam kes 7e nih, bos Melayu tu saya rasa kalau ditanya apakah dia Islam? sudah tentu dia akan kata dia Islam malangnya dia tak percayakan Tuhannya kerana kalau dia benar-benar mengamalkan ajaran Islam sudah tentu dia tidak akan menganiaya saudara seagamanya. Manakala bos Cina Ayamas seperti di dalam komen tuh memang bukan Islam tetapi tindakannya lebih
Islamik sifatnya berbanding bos Melayu (islam) 7e tu. wallahuallam

Tanpa Nama berkata...

7E sekarang ni kekurangan pekerja sebab ramai berhenti sebab takut H1N1. pekerja 7E tidak dibenarkan memakai mask semasa di kaunter.

Tanpa Nama berkata...

mmg tak patut. dan tak patut juga kalau kita pandai-pandai sendiri anbik brg. akaun maybank tu islamik ke tidak? kalau tak dah menyokong sistem riba pula. mungkin boleh buat aduan pd kementerian yg bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

salam saudara..
"rijson min amanissyaiton"..
ssungguhnya amalan judi,arak,tenung nasib itu adalah perkara keji dari amalan syaitan...
kepada saudara dan pencari2 kerja 4time,nak kerja kerjalah,tapi tgk lah kerja macamana dulu..7e ada menjual arak x?
hadis nabi ada meriwayatkan yang beberapa golongan yang berdosa besar bersubahat dengan arak,,antaranya yang tanam anggur untuk buat arak,yang packing dan bayak lagi.
so kalo saudara terlibat dengan penjualan arak dalam 7e,terlepaskah saudara dari dosa????
gaji saudara pula akan dibayar daripada hasil keuntungan 7e.
memang untung bukan 100% daripada hasil arak tadi,,tetapi bile hasil yang haram di campur dengan hasil yang halal maka hukumnya...???
TETAP HARAM....NAUZUBILLAH...

2 dosa yang saudara dapat:
1)bersubahat menjual arak..
2)makan hasil drp kompeni yg bersubahat menjual arak..

"kullahmin nabatamin malharomm..fanna ro laula bih.."
setiap anggota tubuh manusia yang tumbuh daripada hasil yang haram,,api neraka layak untuknya..wallahua'lam..

Hamba Allah berkata...

jangan pduk pikir lagi nk kerja dengan 7e tu ni ada banyak peluang nak tambah duit dengan internet je tak pecaya sila link sini http://www.kuasaemail.com/index.php?ref=metro008

Tanpa Nama berkata...

Betul kata akulajuki tu.. kadang2 lebih mudah berurusan dgn bangsa lain daripada bangsa sendiri.. sebab tu la.. nabi suruh kita berjuang atas dasar agama Islam bukan atas dasar bangsa.. yang cantik tu agama Islam bukannya bangsa

Qalesya Boutique berkata...

Kepada yang berkenaan, mmg ada di kalangan outlet manager untuk kebanyakan 7e adalah kurang bertanggungjawab..tetapi pada pengamatan saya melalui kawan2 yang bekerja di 7e, mmg mengahadapi masalah yang sama..

tapi di sini, ingin saya nasihatkan..mmg bagus bekerja separuh masa untuk mencari rezeki lebih..sambil belajar pulak..alhamdulillah ada usaha dan insyaallah ada balasan nya..

cuma nak saya tekankan..banyak pelajar melayu lebih cenderung untuk bekerja di 7e, Mc Donald..ta salah unt mencari wang tetapi dari segi pengalaman kerja..adalah kurang..saya memilih untuk kerja separuh masa di Coffee Bean..bukan sahaja gaji yang di bayar lebih..tetapi ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga..di samping nama atau brand yang memang terkenal..bekerja untuk Coffee Bean mampu maengasah penggunaan Bahasa Inggeris saya..

Pilih..lagipun kebarangkalian untuk 7e di rompak sangat tinggi..sahabat saya dirompak 2 kali pada malam yang sama..mungkin sebab "sila datang lagi" kot..

Tanpa Nama berkata...

MEMANGNYA SEBAHGIAN BANGSA MELAYU NIE HAPRAK TERUTAMA MEREKA YANG BERPANGKAT.

AKU DULU KERJA OFIS BOY KAT JAB. KERAJAAN, SEMUA PENGARAHNYA ADALAH CINA DAN INDIA. BILA AKU MENDAPT ARAHAN UNTUK BERTUKAR KE JABATAN LAIN, PENGARAH CINA NI PANGGIL AKU TANYA PANDANGAN AKU SAMADA AKU NAK BERTUKAR ATAU TIDAK, BILA AKU KATAKAN BAHAWA AKU SENANG BEKERJA DI JABATAN ASAL AKU, BELIAU MEMANGGIL PEGAWAI UNTUK MENULIS SURAT BAGI MEMBATALKAN PERTUKARAN AKU. PERTUKARAN DIBATALKAN. KEMUDIAN AKU BERTUGAS DI JABATAN KERJA RAYA,TELAH SERONOK AKU BEKERJA DI JABATAN ITU, AKU DITUKARKAN SEKALI LAGI. KALI INI PENGARAHNYA ADALAH MELAYU, NAMA AKU PUN DIA TAK TAU. BILA AKU DITUKARKAN, DIA LANGSUNG TIDAK TAHU BAHKAN BILA BERTEMU AKU DI PEJABAT BARU AKU BELIAU CUMA BERTANYA AKU APA YANG AKU BUAT DISITU. KEMUDIAN AKU BERTUGAS DI JABATAN PERTANIAN, JABATAN YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI AKU GALAKAN DALAM BERTUGAS. AKU HANYA DUDUK TERMENUNG DARI JAM 8.00 HINGGA 4.30 PTG. PUNYALAH BOSAN AKU SETIAP HARI BEGITU SEOLAH-OLAH AKU MAKAN GAJI BUTA. AKU MULA PONTENG KERJA. BAIK AKU DOK KAT RUMAH TIDUR. PENGARAHNYA JUGAK MELAYU, PANGGIL AKU. AKU TERANGKAN PADA DIA BAHAWA AKU ADA KEMAHIRAN KOMPUTER YANG AKU DAPAT DARI KURSUS YANG AKU HADIRI SEPANJANG AKU DALAM PERKHIDMATAN AWAM, AKU INGIN MENGGUNAKAN KEMAHIRAN AKU DALAM WAKTU AKU DI PEJABAT DARIPADA AKU DOK BUANG MASA TERMENUNG DI PEJABAT. TAPI DIA NASIHATKAN AKU SUPAYA BERHENTI KERJA DAN GUNAKAN KEMAHIRAN AKU ITU DILUAR SAHAJA. SETELAH AKU BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN SELAMA 20 TAHUN DENGAN REKOD PERKHIDMATAN CEMERLANG YANG PENGARAH AKU DAHULU BANGSA CINA DAN INDIA. TIBA PENGARAH BANGSA MELAYU AKU DIBUANG KERJA. AKU TIDAK MENDAPAT APA FAEDAH PUN DARI 20 TAHUN PERKHIDMATAN AKU DENGAN KERAJAAN NEGERI. AKU RASA PENGARAH BERBANGSA ASING LEBIH PERIHATIN DARI PENGARAH MELAYU YANG SOMBONG.

Tanpa Nama berkata...

salam....
aku x lama lg nak take over 7E.
masih dlm proses.
tp arak aku x kan jual.
memandangkan ramai anak melayu bkrja sbg staff 7E la ni,
inshaAllah aku x kan naya anak bangsa aku sdri.

Unknown berkata...

setahu saye..kalau 2009 mmg prosedur dia ..kalau berhenti..lepas 3bulan baru dapat gaji..cume mula tahun 2012,kalau berhenti, bulan tu jugak dapat gaji..dan lagi 1..

Unknown berkata...

7e mane?