23 Ogos 2013

Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan diketuai hakim datuk mohamed apandi ali bersama sama datuk linton albert dan datuk tengku maimon tuan mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh tengku maimon.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

Tiada ulasan: