20 Disember 2012

'Ahli radiologi suarakan keraguan pelan kitar semula Lynas'

6 Safar 1433H. [MOD] -




 
Walaupun Lynas berulangkali menyatakan bahawa sisa daripada penapisan nadir bumi di Gebeng, Pahang, boleh dikitar semula menjadi produk komersial yang selamat, tetapi seorang ahli radiologi Australia mengingatkan bahawa teknologi seumpama itu masih belum terbukti berjaya.

NONE
Peter Karamoskas (kiri), seorang ahli radiologi nuklear selama 13 tahun dan mewakili orang awam Australia dalam Jawatankuasa Keselamatan Radiasi Australia, menyuarakan keraguannya mengenai pelan kitar semula Lynas itu kepada New Matilda, sebuah lamanweb berita Australia.

Laporan New Matilda memetik Karamoskas sebagai berkata satu juta meter padu meter sisa Penulenan Larut Air (Water Leach Purification - WLP)  - sisa paling kritikal yang dihasilkan oleh kilang penapisan -  menjana dalam tempoh 10 tahun beroperasi, perlu dicampur dengan lima kali jumlah agregat untuk mengurangkan bacaan radioaktifnya dari 6Bq untuk 1Bq, untuk sisa selamat.

Walaupun beliau berkata proses yang sama telah digunakan di Belanda, tetapi bahan buangan yang dihasilkan adalah jauh lebih kurang radioaktif, hampir pada 1Bq.

Karamoskas, yang pakar dalam kesan kesihatan akibat radiasi, menegaskan bahawa kaedah ini belum pernah digunakan ke atas bahan-bahan dengan bacaan WLP 6Bq, dan ia adalah sangat tidak mungkin menjadi penyelesaian jangka panjang dari aspek keselamatan atau ekonomi.

Artikel ini adalah bahagian kedua laporan khas mengenai Lynas oleh Wendy Bacon, seorang profesor dan pemenang anugerah wartawan penyiasatan yang menganggotai lembaga pengarah Pusat Media Pasifik, yang merupakan sebahagian daripada Sekolah Pengajian Komunikasi di Universiti AUT di Auckland, New Zealand.

Bacon juga memetik satu laporan yang disediakan untuk Lynas oleh perunding teknikal, Worley Parsons, yang menyatakan bahawa pengeluaran produk sampingan memerlukan masa dan pelaburan.

 harakahdaily/-




Tiada ulasan: