19 Jun 2011

Jawatankuasa PAS Melaka 2011-2013 dipersetujui

17 Rejab 1432H. [MOD] -

MELAKA, 18 Jun: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata perlantikan semua jawatan dalam PAS negeri sesi 2011-2013 dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat PAS negeri pada mesyuarat pertama petang tadi.

Adly dilantik pesuruhjaya yang baru selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Bekas Ketua Penerangan negeri sesi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai bendahari.

Tiga penolong setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka.

Sebelum ini Ketua Dewan, Ulamak, Pemuda dan Muslimat neger telah dipilih pada muktamar masing-masing iaitu Ustaz Zulkifli Ismail, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man.

Tiada ulasan: