17 April 2009

Sidang DUN Perak pada 7 Mei ?

Cina Islam.

Menurut sumber yang boleh dipercayai bahawa Sidang DUN Penggal ke 2 Dewan Negeri Perak Ke 12 dijangka diadakan pada 7 Mei ini dengan dirasmikan oleh Sultan Perak. Notisnya dijangka akan dikeluarkan hari ini kepada semua ADUN Perak.

Persidangan itu diadakan dalam keadaan Speaker dan MB Perak yang masih sah sedang menghadapi krisis perlembagaan dan menyeret perkara itu dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

Walaupun secara dasarnya sebelum dari ini setiap keputusan Speaker DUN dan Dewan Rakyat tidak ada siapapun mencabarnya. Ini didorong oleh peruntukan undang-undang yang jelas menyatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Dalam Perlembagaan Persekutuan dibawah tajuk : Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.
2. Tiada seseorangpun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apa bila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana dewan negeri atau mana-mana jawatankuasanya.

Inilah satu-satunya jalan yang masih ada kepada UMNO dan BN untuk menghalalkan kerajaan haramnya. Meliputi menghalalkan MB dan Exco dan segala tindakannya "mencuri" kuasa di Perak. Institusi mahkamah dan kehakiman di "perkudakan" semaksima mungkin.

Perlu diingatkan Speaker masih lagi berkuasa di dalam menentukan segala hal yang berkaitan dengan sidang DUN tersebut, walaupun Zambry dan exconya sudah mendapat keputusan mahkamah, tidak ada siapapun termasuk mahkamah boleh menghalang speaker membuat keputusan baru ?

Kalau bermain bola mungkin Zambry sudah dapat merampas bola "sidang", namun kena ingat pengadilnya "speaker" adalah masih V.Sivakumar.

6 ulasan:

Awanama berkata...

Bukann bola 'sidang' sahaja yg Zambry rampas; Tok Sidang pun dia nak rampas!

mekjah berkata...

salam YB...UmNo semua boleh kat malaysia nih...orang yang zalim akan menerima balasan diakhirat nanti..ingat-ingatlah..kg mentera, Bukit Marak..PAS sokmo

Sulaiman berkata...

Saya risaukan keselamatan Sivakumar. Saya jangkakan Sivakumar akan diculik oleh UTK pada 6 Mei. Bolehkah Timb. Speaker ambil alih kalau Speaker hilang diculik? Pimpinan PR, PAS dan Unit Amal perlu bersiap siaga dalam perkara ini.

dell_zdiane berkata...

Speaker boleh lagi main tarek tali dgn buat notis baru atau menghalang MB dari masuk sebab kuasa dia sah. Sekali lagi naik court cabar Speaker. bukan ke ni boleh drag sampai DUN bubar?
I think Siva bukan bodoh .he's one of the best LAWS student kat UM.

Awanama berkata...

speaker gunakan peruntukan yang ada dengan sebaik baiknya

Nash Ar-Rawy berkata...

Speaker mengatasi cabang Kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Prundangan