17 April 2009

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.

"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.

Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.

Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.

Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan.

Manakala timbalan pengerusi PKR negeri, Dr Mansor Othman pula berkata Anwar dijadual pulang ke Permatang Pauh esok.

Difahamkan, beliau mungkin berbincang dengan kepimpin PKR Pulau Pinang berhubung calon yang bakal dipilih bertanding di Penanti.

Dr Mansor disebut-sebut bakal dipilih mewakili Pakatan Rakyat, khususnya PKR bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Apabila ditanya kepadanya, Dr Mansor berulangkali mengatakan beliau akan patuh keputusan parti.

Beliau pernah bertanding di DUN Pulau Betong dalam pilihanraya umum tahun lalu, tetapi tewas.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Malaysiakini.

9 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

Satu lagi Pilihanraya Kecil akan berlangsung. Dan kali ini UMNO/BN eloklah terima PRK ini sebagai ujian penolakan/penerimaan rakyat terhadap Kerajaan BN. Kalau kalah juga ini bererti rakyat sudah tidak mahu lagi kepada BN. Eloklah BN bubarkan terus Parlimen, dan pinta mandat baru dari rakyat.

Pak Brahim berkata...

Tuan, Jika benar beliau telah meletak jawatan, bagaimana pula kenyataan bahawa beliau akan menghadiri persidangan DUN minggu hadapan.

Agak keliru.

leaflizard berkata...

eloklah, kita bersih kan kurap2 pakatan rakyat. jangan simapn pemimpin yang tak boleh bekerja, dan lain2.

insyaALLAH kita menang lagi.

berusaha, doa, tawakal

pas fan penang berkata...

beri pada PAS

calon berintegriti dan istiqamah, matang dan `secure' kalau boleh yg zuhud dan cerdik supaya org tak boleh attack

n12penanti berkata...

projek mee segera untuk P44 Permatang Pauh pun tidak dilaksanakan lagi iaitu bantuan kepada masjid.nanti orang penanti akan dijanjikan lagi dengan projek sebegitu.

Awanama berkata...

Harap PKR dan Pakatan Rakyat fikirkan, kalau asyik PRK, masa dan tenaga pejuang2 Islam dan keadilan akan banyak terbuang, rakyat sangat dahagakan pembaharuan dalam pentadbiran, jangan pula nanti ditohmah PR sama juga macam BN, mana reformasi yang dijanjikan.Masa untuk PRU 13 bukannya lama, lakukan pembaharuan yang boleh dilihat seperti yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz selepas dapat memerintah Kelantan, dengan Tabung Serambi Mekah, Cuti Sabtu dan Ahad, pengasingan kaunter lelaki dan perempuan di pasaraya dan banyak lagi..yang rakyat rasa pembaharuan yang tak pernah dibuat BN..SEGERALAH BERTINDAK

Awanama berkata...

Jelas Wakil Rakyat PKR kekurangan kualiti. Eloklah dikaji semula agihan kerusi pada pilihanraya akan datang. PAS sepatutnya diberikan lebih kerusi sebab PAS punyai lebih jatidiri.

Unknown berkata...

salam.Aku dah bosan dan meluat sangat pemimpin dari PKR,ada sahaja masalah,peluang dah bagi tapi tak amanah dan bertanggungjawab,buang duit aku aja,tahukah mereka,tiap kali ada PRK,aku kena bergadai kat bank rakyat tautak?
Lepas tu aku kerja keras nak tebus balikbarang kemas bini aku,aku bukan nak simpati ni semua,tapi itulah semangat aku orang PAS.Dari PP ke KT lepas tu BG,BSelambau lepas ni penanti pula,hai fedup lah aku.

ayie berkata...

yb penanti nie letak jawatan adun kerana ingin fokus pada pelajaran,bg sy kalu itu alasan nya cukuplah sekadar letak jawatan sbg TKM n EXCO jer..alasan peribadi mcm nie menyusahkan jentera pilihanraya parti n merugikan duit rakyat utk buat prk..sekadar bg pendapat jer..