13 Mei 2010

Sokong BN artinya sokong dasar halalkan judi di Malaysia.

27 Jamadil Awal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Kepelbagai jenis judi di Malaysia dilengkapkan lagi dengan keputusan Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Keputusan ini bagi saya merupakan satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia bila bantahan demi bantahan semacam tidak diendahkan oleh Kerajaan BN. Selain itu saya beranggapan bahawa semua Bangsa di Malaysia terpaksa berdepan dengan sejenis judi yang akan mengundang kepada masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya.

Akhbar harian Cina, Sin Chew, mengesahkan bahawa Menteri Kewangan yang juga PM 1Malaysia secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.

Kenapakah bantahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak semacam dipekakkan oleh pihak kerajaan. malah dimanakah peranan mufti yang ada di Malaysia. Adakah mereka tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebaliknya kenapakah pihak mufti, apalagi Mufti yang sering lantang bersuara seperti Harussani tidak menasihati kerajaan bahawa tidak ada nas yang boleh mengharuskan judi apalagi untuk dihalalkan dengan pemberian lesen.

Kalau sebelum ini Mufti Perak sangah menampilkan wajahnya sebagai mufti UMNO dan menjadi kuda tunggangan UMNO , sekali ini saya suka untuk melihat apakah pendirian beliau dalam masalah judi ini.

Dengan kelulusan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sesungguhnya judi jelas diharamkan oleh Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan budaya mana-mana bangsa. Ia jelas merosakkan malah saya menegaskan kalau berjudi dengan tujuan untuk menjadi kaya, seorang itu sudah silap perkiraan.

Sebenarnya toke judilah yang akan kaya raya dan tahi judi ada papa kedana, malah ada sampai yang sanggup bunuh diri dek kerana kalah judi. Paling sadis saya yakin judilah yang telah mengudang kepada pelbagai permasalahan dalam masyarakat negara kita.

Membenarkan kedai judi beroperasi dengan bebas dan meluluskan lagi lesen baru berarti menteri kewangan hanya mementingkan toke judi dan menafikan bahawa slogan rakyat yang didahulukan. Rakyat akan jadi porak peranda dengan judi yang merosakkan , walaupun sukan bolasepak itu sihat dan pasti menghiburkan.

Meluluskan lesen judi memberi kencenderungan yang lebih luas kepada tahi judi untuk terus berjudi dimusim bolasepak piala dunia nanti, dan memberi peluang yang lebih luas untuk berjudi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengannya.

Sedarlah umat Islam di Malaysia bahawa sokongan anda kepada BN dan UMNO adalah menyokong lesen judi yang telah dan baru diluluskan, dosanya tertanggung diatas bahu anda. kembalilah kepada Islam yang menganjurkan "amar maaruf nahyi mungkar" dengan menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang sikapnya jelas dalam permasalah ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu khususnya pengundi tegar BN wajar diberikan penerangan mengenai kuasa undi dalam sistem demokrasi. Kuasa pengundi yang diserahkan kepada BN dengan mengundi BN boleh mengundang padah kemurkaan drpd Allah SWT apabila BN sewenangnya meluluskan lesen judi dengan alasan dapat menambah hasil cukai.

Judi adalah perbuatan yang diharamkan Allah SWT dan UMNO teras BN sewajarnya mengambil segala usaha untuk memastikan tiada lesen judi diluluskan.

merbok berkata...

katanya duit tu akan disalur untuk kemajuan sukan! entah laa.. thomas cup dah kalah dah first round, duit haram la kot sebab tu tak berkat.. mungkin sebelum nipun guna duit judi jugak kot, sebab tu sukan kita tak berkembang.

Tanpa Nama berkata...

wahai mufti mufti 1malaysia marilah berbincang bgi meluluskan lesen lesen ini...krana ianya 1 malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Allah haramkan judi, siapa kita halal/luluskan judi, bersedialah orang yang meluluskan dan menyokong judi dihadapan allah kelak.