BANGKOK: Enam Lapangan Terbang Thailand (AoT) bersedia mengalu-alukan penumpang apabila negara itu dibuka semula kepada pelancong asing, Isnin ini.
Menurut laporan Bangkok Post, seramai 30,000 penumpang dijangka tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi.
AoT menguruskan lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Mae Fah Luang–Chiang Rai dan Hat Yai.
Presiden AoT, Nitinai Sirismatthakarn, berkata peralatan teknologi baharu sudah diperoleh bagi enam lapangan terbang untuk penyesuaian dengan norma baharu.
Semua kakitangan lapangan terbang juga sudah menerima suntikan penggalak untuk meningkatkan imuniti terhadap COVID-19.
Katanya, semua agensi, seperti pejabat kuarantin lapangan terbang, imigresen dan kastam sudah menyediakan latihan memerangi virus di pusat pemeriksaan.
Beliau berkata, data trafik udara menunjukkan lapangan terbang Suvarnabhumi akan memudahkan kira-kira 440 penerbangan komersial, membabitkan 230 domestik dan 110 antarabangsa serta 100 penerbangan kargo, Isnin ini.
"Penerbangan ini dianggarkan hanya menggunakan 30 peratus daripada kapasiti lapangan terbang, selain akan ada kira-kira 30,000 penumpang di lapangan terbang, termasuk 7,000 daripada penerbangan antarabangsa," katanya.
Nitinai berkata, AoT sudah memperoleh 196 kiosk layan diri guna biasa (CUSS) untuk membantu penumpang mendaftar masuk dan 42 penurunan beg guna biasa (CUBD).
Katanya, ia akan membantu penumpang mendaftar masuk enam hingga 12 jam sebelum berlepas melalui aplikasi syarikat penerbangan itu, selain kiosk akan memaparkan peta tempat duduk maya supaya penumpang boleh memilih tempat duduk lebih awal.
Kemudian, penumpang boleh menggunakan CUBD bagi bagasi mereka, kata Nitinai.
"Selain itu, AoT merancang membawa penumpang dari bangunan terminal utama ke bangunan SAT-1 baharu dibuka yang boleh meningkatkan kapasiti lapangan terbang untuk menampung lebih 30 juta penumpang setahun," katanya. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan