12 Januari 2009

Calon PAS cukup wibawa, BN terdesak dengan taktik kotor


KUALA TERENGGANU , 10 Jan :-Sikap Wan Ahmad Farid yang didakwa elitis dan kurang mesra menjadi perbualan di kalangan pengundi Kuala Terengganu termasuk di kalangan penyokong Umno sendiri.


Sikap ini dibimbangi akan mengurangkan peluangnya untuk menyambut cabaran calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

Persaingan dua calon parti besar yang turut diwarnai calon bebas Azharudin Mamat @ Azam akan diketahui keputusannya pada 17 Januari ini.

Lucunya calon bebas tersebut menggunakan lambang buku yang bertanda tolak dalam poster yang mula diletakkan di banyak tempat.

Mengulas isu berkenaan, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam ceramah penerangan di UPU Gong Tok Nasik malam tadi menjelaskan bahawa gambar Calon BN yang ditampal di banyak tempat dalam keadaan tersenyum adalah lakonan semata-mata.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapan di hadapan hampir 1000 orang yang hadir.

Beliau juga mengajak seluruh pengundi di Kuala Terengganu menggunakan peluang yang ada untuk menebus kesilapan dalam PR yang lepas. "Gunakan peluang kali ini untuk menang kan calon PAS Hj. Wahid Endut", rayu Khalil.

Selain itu jelas beliau calon dari PAS jelas telah membuktikan kewibawaannya dengan menang dalam 5 kali PR. Malah pada PR ke 11 calon PAS itu pernah mengalahkan Wan Ahmad Farid di DUN Wakaf Mempelam.

Ceramah tersebut pada membariskan penceramah dari PAS dan PKR.

Antara pendedahan yang dijelaskan pada ceramah itu ialah terdapat usaha untuk mensabotaj pemuda PKR apabila didapati ribuan vest jaket dicetak di bahagian hadapan dengan lambang PKR dan di bahagian belakang dengan lambang BN/dacing. Contoh baju tersebut telah ditunjukkan oleh Timbalan Ketua Angkatan Pemuda Keadilan yang mendedahkan hal tersebut dalam ceramahnya.