Zengzhou: Seorang lelaki mengacu dua pisau pada leher seorang
pembantu kedai, mengancam membunuh mangsa selepas cubaannya untuk
merompak gagal, semalam.
Drama ngeri yang berlarutan selama empat jam itu bagaimanapun
berakhir dengan wanita itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas
anggota keluarga perompak terbabit berjaya memujuknya supaya membebaskan
mangsa.
Kejadian bermula apabila lelaki itu menyerbu kedai menjual
kelengkapan dapur di Zengzhou di wilayah Henan dan mengambil dua pisau
dari rak.
Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa.
Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa.
SITUASI cemas ketika perompak mengancam membunuh pembantu kedai.
Satu ketika darah dilihat mengalir dari pipi mangsa akibat daripada tusukan pisau itu.
Polis yang gagal memujuk lelaki itu menyerah diri, terpaksa memanggil anggota keluarganya untuk berbuat demikian.
Empat jam selepas ia bermula, lelaki itu akhirnya akur dengan pujukan keluarganya dan menyerah diri. - Daily Mail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan