13 Mac 2013

Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid


1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA 13 Mac - Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.


Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

“Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA



Tiada ulasan: