1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
Kebanyakan tahanan yang ditempatkan di Kem 6, Penjara Teluk Guantanamo adalah mereka yang ditangkap selepas insiden 9/11 dan semasa peperangan di Afghanistan. Foto: Reuters
WASHINGTON - Tahanan Islam di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan nekad
mogok lapar sebagai membantah campur tangan pihak berkuasa dalam urusan
ibadah harian mereka, menurut pegawai pusat tahanan itu, kelmarin.
Pardiss Kebriaei, peguam yang mewakili tahanan warga Yaman, Ghaleb al-Bihani berkata, anak guamnya memberitahu kebanyakan tahanan di Kem 6 menyertai mogok lapar tersebut.
Pardiss Kebriaei, peguam yang mewakili tahanan warga Yaman, Ghaleb al-Bihani berkata, anak guamnya memberitahu kebanyakan tahanan di Kem 6 menyertai mogok lapar tersebut.
"Al-Bihani mendakwa pengawal penjara sengaja menggeledah sel penjara
untuk mencari al-Quran dan mereka juga tidak hormat kepada tahanan yang
sedang menunaikan solat.
Dia nekad mogok lapar sejak sebulan lalu sebagai membantah tindakan
itu. Keadaan kesihatannya kini semakin membimbangkan kerana dia juga
menghidap kencing manis," jelasnya.
Susulan daripada itu, 12 peguam dari Pusat Hak Perlembagaan termasuk Kebriaei bertindak menghantar surat kepada Komander Guantanamo, John Smith yang turut mengandungi laporan kesihatan tahanan terbabit.
Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Awam untuk Pasukan Petugas Bersama, Robert Durand menegaskan kononnya insiden tersebut tidak pernah berlaku sebaliknya ia adalah pemeriksaan biasa untuk mencari barang seludup. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan