06 Mac 2011

BN pertahan kerusi Merlimau dan Kerdau

01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.

Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,724 undi.

BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.

Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LAWAN TETAP LAWAN....

Tanpa Nama berkata...

depa ada undi pos... sah2 sihir punyer...

Qaseh Bonda berkata...

Kesian kat BN. Walaupun di kubu kuat, jenoh sengkang mata menabur budi dan janji.

Terima kasih dan tahniah pada gema suara Pakatan Rakyat.