21 Jun 2021

Pemberian vaksin hampiri 6 juta dos


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menerusi statistik dikongsikan di Facebook memaklumkan seramai 4,202,601 menerima dos pertama, manakala 1,612,974 lagi individu melengkapkan dos kedua.

Berdasarkan statistik terbabit, lima negeri mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi iaitu Selangor dengan 208,031 diikuti Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,200) dan Kuala Lumpur (141,094).

Mengenai vaksinasi harian bagi PICK, sebanyak 140,573 dos diberikan semalam membabitkan 116,514 penerima suntikan pertama, manakala 24,059 lagi dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Tiada ulasan: