06 Julai 2013

26 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam pertempuran di sekitar Mesir hari ini apabila ribuan penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan keluar beramai-ramai membantah tindakan tentera negara itu. 

Pertempuran itu membabitkan penyokong Morsi dan kumpulan penyokong yang memihak dengan tindakan tentera Mesir. 


Sementara itu, pasukan keselamatan polis Mesir terus menahan pemimpin gerakan islam yang dikenali Ikhwan Muslimin. - AFP 

Tiada ulasan: