12 Ogos 2011

KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

kosmo/-

2 ulasan:

Irwan Sanei berkata...

Apa natijah dari "panggilan" tersebut? Sekadar dipanggil, kemudiannya?

inspirasicyber berkata...

ini lagi satu penghinaan kepada umat islam..mempersenda senda kan...apa nak jadi dengan malaysia ini