21 Oktober 2021

Isu wiski Timah: Senjata PAN-PH akan menikam tuan?

 

BERDASARKAN rekod, antara pihak yang paling terkedepan sekali di dalam mensensasikan isu wiski buatan Malaysia yang bernama Timah ini ialah portal pro-PAN dan pemimpin PAN.

Portal pro-PAN, dalam laporan pada 15 Oktober 2021, mengisytiharkan ‘Di bawah Kerajaan Melayu Islam, Malaysia kini ada arak bernama Timah’. Boleh rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/di-bawah-kerajaan-melayu-islam-malaysia-kini-ada-whiskey-bernama-timah/

Pengarah Komunikasi PAN, dalam forum pada 15 Oktober 2021 juga, mengisytiharkan perkara sama, iaitu ‘pada zaman Kerajaan Melayu Islam ini keluar air Timah’. Boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/jomchannelonline/videos/599478274581841

Tujuan pendedahan ini dibuat pastilah agak senang untuk dibaca, iaitu untuk menjatuhkan kredibiliti para pemimpin kerajaan sekarang, khususnya para pemimpin PAS, di mata Melayu Islam di negara ini.

Dan ini dinyatakan dengan tepat oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyebut bahawa tujuan isu ini dimainkan hanyalah sebagai modal untuk menyerang PAS. Boleh rujuk di sini: https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/19/arak-apa-jua-jenama-logo-tetap-haram-di-sisi-islam/

Tetapi jatuhkah kredibiliti para pemimpin kerajaan sekarang, khususnya para pemimpin PAS, di mata Melayu Islam di negara ini bila pendedahan ini dibuat bila mereka bersuara tegas menyatakan pendirian?

Paling menarik adalah tindakan PAN menyerang PAS dalam isu telah ditegur oleh mantan pemikir DAP yang kini menjadi pensyarah di Sunway University, Dr Wong Chin Huat, kerana dikatakan merugikan PAN dan PH. Boleh rujuk di sini: https://www.facebook.com/chinhuatw/posts/10159714078255539

Tulis Dr Wong Chin Huat: ‘Adakah serangan sebegini menguntungkan PAN atau PH? Kawasan dimenangi PAN berada di Pantai Barat dan kebanyakannya bermasyarakat majmuk sebaliknya PAS cuba memenangi kawasan Parlimen Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Adakah serangan sebegini akan menghakis sokongan PAS di kawasan Melayu lebih daripada menghakis sokongan PAN/PH di kawasan majmuk?’

Menarik untuk dilihat apakah senjata yang cuba dihunus oleh PAN/PH ke atas para pemimpin kerajaan sekarang, khususnya para pemimpin PAS, melalui isu wiski buatan Malaysia yang bernama Timah ini akhirnya akan menikam tuan.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/10/2021

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001022016761/posts/4785534601490560/

Tiada ulasan: