Baitulmaqdis: Seorang penyelam amatur di utara Israel menemui sebilah pedang dipercayai berusia 900 tahun lalu dan dikatakan milik seorang tentera salib ().
Pedang sepanjang satu meter itu ditemui Shlomi Katzin di perairan cetek di Haifa.
Dikatakan pedang yang terdapat di dasar laut itu kelihatan di permukaan akibat pergeseran pasir.
Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA) berkata, ia akan dipamerkan kepada umum selepas dibersihkan dan dianalisis.
Perang Salib yang bermula pada 1095 dan selama beberapa abad, menyaksikan orang-orang Kristian Eropah melakukan perjalanan ke Timur Tengah untuk mencuba dan menguasai Baitulmaqdis.
Kobi Sharvit, yang mengetuai Unit Arkeologi Laut IAA berkata, pantai Carmel, lokasi di mana pedang itu dijumpai, pernah menjadi kawasan berlabuhnya kapal ketika ribut.
"Keadaan ini menarik banyak kapal dagang selama berabad-abad, meninggalkan penemuan arkeologi yang banyak.
"Penyelidik menganggap ia mungkin berkaitan dengan kubu tentera salib di Atlit.
"Senjata itu berat kerana batu-batu yang terlekat padanya dan ia adalah pedang besi dan sangat besar," katanya. AFP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan