19 Julai 2008

Ahli Majlis PBT Perak selamat di lantik oleh Menteri Besar.

IPOH, 18 July :- Majlis perlantikan jawatan dan angkat sumpah ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tepatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan telah disempurnakan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan disini pagi tadi. Seawalnya sejak jam 8.00 pagi semua yang terlibat telah mendaftarkan diri dengan Menandatangani Borang A (Pengakuan Penerimaan Jawatan), menandatangani Akuan Penjawat Awam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Aku Janji.

Semua mengangkat sumpah dengan serentak disaksikan oleh Menteri Besar.

Lafaz Ikrar dan Angkat Sumpah penerimaan jawatan sebagai ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan sejumlah 338 orang tersebut telah melayakkan untuk memegang jawatan tersebut bagi perlantikan bagi tahun 2008 sehingga bulan Disember . Semuanya akan dinilai prestasi masing-masing pada penghujung tahun ini, kata YB. Nga Kor Meng ,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam semasa memberikan ucapan aluan.

Pada kesempatan itu Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah menyampaikan Surat Pengakuan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis kepada Yg. Bhg. Datuk Bandar Ipoh, Yang Dipertua Malis Perbandaran dan Yang Dipertua Majlis Daerah.

Tiada ulasan: