26 Mac 2008

PM Baru Terjaga Dari Tidur Yang Lena.

Terbukti sudah pada hari ini PM baru terjaga dari tidurnya yang sangat lena. Entah sudah berapa lama dia tidur sehingga pada hari ini dia bercakap seperti orang baru bangun tidur dalam keadaan terkejut. Teringat macam Raja Bedurai Putih yang suka tidur dalam tempoh yang sangat panjang.




Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah mesej yang kuat bahawa beliau tidak bergerak cukup pantas untuk melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang dijanjikan. "Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas mesej tersebut. Mesej sudah dibuat. Saya terima,"

Demikianlah beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong gerakkan dia dari tidur. Satu lagi perlu diingatkan bahawa PM kita ini belum terjaga dari sikap tidurnya yang "super double standard" kepada anak menantu dalam pemberian tender. entah berapa jadi kaya anak menantu beliau setelah melalui zaman pemerintahan selama beberapa tahun mendatang.

1 ulasan:

rastom berkata...

alhamdulillah, dia pun dah sedar betapa media alternatif seperti internet lebih dipercayai daripada media resmi arus perdana.