06 September 2011

Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apabila sejarah dipolitikkan dan segala perkara yg boleh membawa keuntungan dipolitikkan oleh pihak yg memikirkan keuntungun mereka shj, maka terjadilah perkara seperi ini. Fakta sejarah memang tak dapat diputar belitkan tetapi apabila ahli politik sendiri yg tak tau sejarah Malaysia baik jgn jadi ahli politik di Malaysia.. baik jadi ahli politik di Kenya atau Somalia.