21 Disember 2021

3,140 kes Covid-19 hari ini

 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PETALING JAYA: Sebanyak 3,140 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 2,589 kes yang dilapor semalam. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covid Now, https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: