21 Disember 2021

Mangsa banjir meningkat kepada 71,639 orang

 

Anggota bomba melakukan rutin meronda di kawasan untuk mencari mangsa yang terperangkap di RTB Bukit Changgang, di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir sudah meningkat ke 71,639 setakat pukul 5.50 petang hari ini yang terdiri daripada 19,848 keluarga.

Mereka kini berada di 440 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri iaitu Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  

dalam aplikasi dalam talian, jumlah mangsa banjir di negeri Pahang mencatat peningkatan seramai 40,694 mangsa daripada 11,078 keluarga yang sudah dipindahkan ke 279 PPS dalam negeri tersebut. 

“Negeri Selangor merupakan jumlah mangsa tertinggi selepas Pahang, juga mencatatkan peningkatan jumlah mangsa seramai 27,059 daripada 7,615 keluarga dipindahkan ke 131 PPS.   

“Manakala enam negeri yang mencatatkan penurunan jumlah mangsa. Di negeri Kelantan, pada masa ini, mempunyai jumlah mangsa seramai 2,646 mangsa dari 822 keluarga. Negeri Melaka pula mencatatkan seramai 349 terdiri dari 76 keluarga. 

“Negeri Sembilan terdapat seramai 331 mangsa terdiri daripada 93 keluarga dan negeri Perak mencatatkan seramai 266 mangsa daripada 76 keluarga. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan seramai 323 mangsa dari 87 keluarga. 

“Negeri Terengganu pula mencatatkan tiada mangsa pada masa ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE.  

Tiada ulasan: