21 Disember 2021

Mengaku terima suntikan vaksin 16 kali, lelaki turut dibayar sehingga RM200

 

SULAWESI SELATAN: Seorang lelaki mendakwa sudah menerima suntikan vaksin sebanyak 16 kali dengan menerima bayaran antara 100,000 hingga 800,000 rupiah (RM29-RM235) untuk sekali vaksin.

Lapor Kompas.com, Abdul Rohim, 49, yang berasal dari Bengnge, Kecamatan Watang Sawitti, Pinrang bekerja sebagai buruh bangunan.

Menerusi rakaman sebuah video, lelaki itu mengaku sudah 14 kali divaksin untuk orang lain.

Susulan itu, Ketua Unit Jenayah Polis Pinrang, Deki Marizaldi berkata, pihaknya masih berusaha mengumpulkan maklumat mengenai video tersebut.

Selain itu, pihaknya juga sudah melakukan penyelarasan dengan Pasukan Covid-19 Pinrang.

“Kami masih melakukan pemantauan dan mencari identiti dan apakah motif Abdul Rahim berkata demikian,” katanya.

Berdasarkan berita yang tersebar, lelaki itu difahamkan mempunyai masalah jiwa.

Tiada ulasan: