CALIFORNIA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda pesisir pantai California Utara yang menggegarkan kawasan luas negeri itu selepas waktu tengah hari, semalam.
Data yang diperoleh dari Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa berlaku tidak jauh dari Cape Mendocino berhampiran Humboldt County dan gegaran dirasakan sehingga San Francisco dan Chico, California.
Syerif Daerah Humboldt, William Hinsal berkata kepada CCN, dia tidak pernah mengalami gempa seperti itu sejak 2010.
“Pada mulanya ia berlaku dengan perlahan, tetapi kemudian ia semakin kuat,” katanya.
Anggota kecemasan Humboldt County sedang menilai kerosakan yang berlaku dan mendapati tiada sebarang kecederaan berlaku.
Beberapa kerosakan kecil dilaporkan di kawasan bangunan termasuk kaca pecah berderai.-CNN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan