KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntukkan RM6,033,280 bagi membantu mangsa yang terbabit bencana banjir.
Menterinya, Senator Idris Ahmad, berkata agensi di bawahnya juga sudah menggerakkan pasukan Skuad Musa'adah Agensi Agama untuk membantu mangsa banjir.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan RM550,000, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (RM1,633,280) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, RM1 juta.
"Tabung Haji sebanyak RM1,600,000, Pusat Pungutan Zakat MAIWP (RM750,000) dan Yayasan Taqwa, MAIWP RM500,000.
"Semua bantuan ini disalurkan dalam pelbagai bentuk sumbangan iaitu barangan asas dan keperluan segera, kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank dan makanan siap dan penempatan tinggal sementara.
"Saya berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh semua yang terbabit dalam tragedi ini dan saya akan pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan ketika ini.
BHARIAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan