21 Disember 2021

Banjir: Penduduk di kawasan utara Semenanjung pula perlu berjaga-jaga

 

KEADAAN kawasan pertanian yang ditenggelami air akibat bencana banjir di Kampung Lanjut Manis, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) di negeri-negeri utara semenanjung.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah, lekukan tropika yang dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke timur menghampiri utara Semenanjung. 

Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di negeri-negeri utara semenanjung yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit. 

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga hari ini yang melibatkan kawasan di negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama),” kata kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: