17 Mac 2009

Nizar fail rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk merujukkan saman beliau terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, kepada Mahkamah Persekutuan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, memberitahu bahawa mereka juga memfailkan notis usul bagi penangguhan prosiding untuk merujukkan kes itu kepada Mahkamah Persekutuan, yang dijadual didengar Jumaat ini.

Notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, manakala notis usul itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi ini, kata Amer Hamzah.

Pada 6 Mac, Hakim Lau Bee Lan, memutuskan terdapat isu berperlembagaan membabitkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan pada 10 Mac menetapkan bahawa terdapat empat persoalan perlembagaan perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan semakan kehakiman pada 13 Februari, memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. - Bernama

5 ulasan:

Tok Pambu berkata...

Bukit Gantang mempunyai penduduk melayu sebanyak 63%

Mungkin kah semua penduduk melayu ini 100% menyokong BN?
Jawapan nya TIDAK MUNGKIN.

Jika 25% SAHAJA penduduk melayu ini menyokong PR, maka BN akan TUMBANG.

Kami kaum india dan cina akan berdiri teguh dihadapan PAS bersama sama DAP dan PKR @ Pakatan Rakyat

keristamingsari berkata...

Allahuakbar......hidup pejuang-pejuang...

Tanpa Nama berkata...

selamat hari lahir ir nizar good luck

lailarahmat berkata...

perjuangan mesti diteruskan.........ya Allah.......bantulah hamba-hamba mu yang soleh....dan ikhlas dalam perjuangan ....kepada semua ahli yb pakatan dan seluruh rakyat perak.....semoga sentiasa dilindungi allah dan ....MB nizar......rakyat bersama mu.....

lailarahmat berkata...

MB nizar dan semua Yb pakatan...semoga dalam kesejahteraan selalu.....ya allah ...bantulah hamba2 Mu yang soleh