23 September 2021

Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19.

KUALA LUMPUR: Seramai 18,964,474 individu atau 81% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga sebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 321,342 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 30,860 dos pertama dan 197,994 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 41,247,271 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

FMT/-

Tiada ulasan: