23 Disember 2013

Angkara budaya rasuah, Malaysia diambang bankrap

19 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan selagi Umno/BN dibiarkan terus memerintah, Malaysia bakal berdepan risiko bankrap.


Beliau berkata, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian untuk mengelak daripada masalah itu kerana punca utamanya adalah penyelewengan yang sehingga kini masih tidak dapat dibendung dan semakin membarah.

“Hari ini kita menolak GST kerana Malaysia belum bersedia untuk menerimanya.

“Apakah kekurangan GST menyebabkan bankrap? Tidak, bukan GST dan bukan juga cukai yang membawa kepada bankrap. Penyebab utamanya adalah urus tadbir buruk dan rasuah melampau dalam kerajaan.

“Selagi ia tidak dapat dihapuskan, GST tidak patut sama sekali dilaksanakan dalam negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah ‘Faham GST, Tolak GST di Padang Kelab Sultan Sulaiman, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, dengan memiliki limpahan sumber alam yang banyak berbanding negara lain, ia pasti amat memeranjatkan jika Malaysia terheret sama dalam krisis bankrap.

“Jika Malaysia di sebalik kekayaan sumber semulajadi contohnya seperti minyak dan balak boleh bankrap kemudian nanti, siapa yang patut dipersalahkan?

“PR dan seluruh rakyat tidak bersalah, yang perlu bertanggungjawab adalah pemimpin korup UMNO/BN dan kroni mereka,” tegasnya. 


- Roketkini.com

Tiada ulasan: