13 September 2021

Pelantikan Perdana Menteri ke-9 ikut Perlembagaan

 Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan ikut Perlembagaan. - Foto BERNAMA

Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan ikut Perlembagaan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri kesembilan dilaksanakan berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, selaras konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, peluang diberi kepada semua 220 ahli Parlimen menerusi surat akuan Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan dilantik sebagai perdana Menteri.

"Menerusi surat akuan itu, beta mendapati seramai 114 ahli Dewan Rakyat memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahli Parlimen Bera.

"Pada 19 Ogos, setelah menerima menghadap semua 114 ahli Dewan Rakyat itu, beta berpuas hati bahawa kepercayaan diberikan kepada Ahli Parlimen Bera dengan kerelaan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan

"Jumlah itu adalah jumlah majoriti yang mencukupi membentuk kerajaan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, hari ini.

BH/-

Tiada ulasan: