25 Mei 2014

Final Piala Thomas langsung di RTM hari ini

25 Rejab 1435. [MOD] -


RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang ini dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM.

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014.

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam.

Bernama

Tiada ulasan: