31 Januari 2014

Aliran trafik ke utara & selatan dari KL mulai perlahan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:  Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu.
           
"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
Sementara itu, aliran trafik ke selatan antara Nilai dan Seremban, serta laluan trafik ke utara antara Tapah ke Gopeng serta dari Bidor ke Tapah dilaporkan bergerak perlahan akibat berlaku pertambahan kenderaan bermula 9 pagi.         
"Ini kerana orang ramai mulai keluar sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada hari ini," katanya.          
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik- Bernama

Tiada ulasan: